Umum mengetahui bahawa Neelofa telah mengeluarkan produk terbaharu iaitu inai yang dikenali sebagai Innai NunHa dan boleh dikatakan produk tersebut menerima sambutan hangat dalam kalangan peminat apabila ramai mengatakan sudah mendapatkan produk itu.

Akan tetapi, kecoh di media sosial apabila mereka yang sudah mendapatkan produk inai itu berasa kecewa dengan produk tersebut. Malah, ada juga pengguna yang mengkritik produk tersebut kerana warnanya tidak seperti digambarkan dan kelihatan ‘lebam’ disebabkan tersepit pintu.

https://twitter.com/hfqaazmi/status/1545718537217400832

@

♬ –

Tidak hanya itu, ada juga netizen yang menunjukkan kuku mereka tidak ‘menjadi’ apabila memakai inai tersebut. Malah, segelintir netizen juga mengatakan cara pemakaian inai tersebut di jari sedikit rumit dan penuh dengan pantang larang.

Namun begitu, segelintir netizen yang mengikuti cara pemakaian dan pantang larang produk tersebut berpuas hati dengan hasilnya. Bagi mereka yang berjaya menggunakan inai tersebut dan hasilnya cantik, mereka turut berkongsi cara betul pemakaian produk terbabit.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Tenang Dan Bersahaja, UAI ‘Speaking’ Dengan Minah Saleh Tentang Ibadah Korban Raih Perhatian Netizen

‘Dari 2015 Mereka Dah Buat Hal’ – Merdekarya Kongsi Kisah Pernah Disabotaj Pasangan Tular