Ketika ini ramai yang menggunakan media sosial untuk menaikkan sesuatu isu agar suara ‘kecil’ dan rintihan mereka didengari oleh ramai pihak. Sebut sahaja Benang Hijau, pasti ramai yang kenali jenama yang pernah terkenal satu ketika dahulu.
Terbaharu, kecoh di media sosial apabila seorang pengguna Twitter @wavawila ‘spill the tea’ tentang sebuah syarikat dikenali sebagai Benang Hijau telah membuat potongan gajinya untuk KWSP tetapi apabila diperiksa tiada caruman telah dilakukan.
Menerusi perkongsian tersebut, beliau yang telah bekerja dengan syarikat Benang Hijau pada tahun 2016 telah menyuarakan akan perkara itu sebelum ini kepada pengasas syarikat, Fadzilah Mamat dan dikatakan isu tersebut masih dalam proses.
2016 saya kerja dengan FADZILAHMAMAT dalam company BENANG HIJAU. Kerja lebih dari 6 bulan, dalam slip ada potongan gaji untuk kwsp tapi dalam kwsp takda masuk. OT pon tak dibayar. Bukan tak bising tapi jawapan dalam proses. Now tengok lah proses yg saya dapat 😏😏😏 pic.twitter.com/BejDMgo8cl
— wavawilawahieda (@wavawila) May 10, 2020
Walaupun beliau telah berhenti kerja, tetapi masih membuat follow up untuk mengetahui status penolakan wang yang berada dalam proses. Hari berganti hari dan tahun berganti tahun, wang masih tiada dalam KWSP.
Oleh itu, beliau gunakan medium media sosial untuk meluahkan isu tersebut. Apa yang mengejutkan adalah nama beliau berada dalam senarai sebagai orang yang bertanggungjawab untuk pembayaran bil-bil tertunggak seperti TM dan sebagainya, seperti dirinya pula pemilik syarikat Benang Hijau.
Saya bknnya hingin sgt nk brcakap psl dia ni. Tapi kalau dia rasa dia xbrsalah xperlu la nk block. Saya cuma nk dia bayar kwsp saya dan kwsp staff² yg lain.
Pikir sendiri la halal haram tu mcm mana ya. Kalau saya xmenang dunia InsyaaAllah akhirat ada.
*DIPERSILAKAN RETWEET BYK²— wavawilawahieda (@wavawila) May 10, 2020
Sepanjang 2 tahun, beliau mendapat panggilan daripada peguam, polis dan sebagainya untuk membayar hutang tunggakan syarikat Benang Hijau. Disebabkan tidak tahan, beliau telah menghubungi pemilik Benang Hijau untuk bersihkan nama beliau kerana bukan dirinya yang sepatutnya bertanggungjawab.
Selepas namanya dibersihkan, beliau masih bertanya akan isu KWSP yang tertunggak dan gagal dilakukan oleh pihak Benang Hijau tetapi tiada jawapan. Malah, difahamkan Fadzilah Mamat telah menyekat beliau di aplikasi Whatsapp dan Twitter.
Hye sesungguhnya saya manusia yang memang noob terox. Bukan bodo ya. Noob je. Sebab tak reti buat thread. (Gelak jelaaa) dah buat pepanjang xleh tweet grrrr.
Sy mohon maaf kalau tweet ni jd satu masalah atau isu yg memalukan.
Pd exstaff² sy buat ni utk kebajikan anda juga. 🙏 pic.twitter.com/8r1vGLIvlk— wavawilawahieda (@wavawila) May 11, 2020
Ada yg ckp. Sy ni adu dekat twitter je ke. Sy tak bawa perkara ni terus ke kwsp sbb sy fikir dia exbos sy. Dan dijanjikn dlm proses tu. Kalau sy berdendam dan gila duit. Boleh je sy bawak naik awal² dulu dan saman. Tapi untuk apa kalau sy je dpt untung tu. Exstaff² yg lain ?
— wavawilawahieda (@wavawila) May 11, 2020
Tambahnya lagi, bukan niatnya ingin memalukan pihak Benang Hijau tetapi beliau ingin menuntut haknya sepanjang beliau bekerja di sana. Malah, perkongsian yang dibuat oleh beliau bukan hanya untuk haknya seorang sahaja tetapi untuk bekas-bekas pekerja lain yang masih tidak dapat hak mereka.
Disebabkan perkongsian beliau mendapat perhatian netizen, pengasas syarikat Benang Hijau tampil menjelaskan isu tersebut. Menurut Fadzilah Mamat, beliau telah menghubungi saudari Wavawila dan perjelaskan perkara itu.
Perniagaan saya mengalami major restruction pada tahun 2017 di mana saya terpaksa menutup banyak outlet disebabkan jualan syarikat yang tidak baik.
— Fadzilah Mamat (@FadzilahMamat) May 10, 2020
Selepas melalui proses mahkamah dan perbincangan dengan pihak KWSP, pihak KWSP membenarkan kami membuat sejumlah bayaran bulanan sehingga kesemua baki dijangka selesai pada tahun hadapan.
— Fadzilah Mamat (@FadzilahMamat) May 10, 2020
Menurut Fadzilah Mamat, syarikatnya terpaksa tutup beberapa cawangan Benang Hijau kerana mengalami kerugian pada tahun 2017. Oleh itu, pihak syarikat telah memberikan pampasan yang sewajarnya kepada pekerja yang terlibat dan telah berunding dengan pihak KWSP, GST, pembekal, tuan tanah dan pelbagai pihak bagi menyelesaikan segala tungakan.
Selain itu, pihaknya telah berunding dengan KWSP melalui proses mahkamah dan pihak KWSP membenarkan syarikat Benang Hijau untuk membayar secara bulanan sehingga kesemua baki dilunaskan dan kesemua bayaran dijangka selesai pada tahun hadapan.
Namun begitu saya sentiasa menghormati para pekerja saya dan tidak pernah berniat untuk menindas atau mengambil kesempatan terhadap mana-mana pekerja.
— Fadzilah Mamat (@FadzilahMamat) May 10, 2020
Kepada usahawan yang mungkin sedang buntu dan tertekan disebabkan keadaan ekonomi semasa, saya doakan anda diberikan kekuatan dan ketenangan untuk menghadapi tempoh yang sangat mencabar ini.
— Fadzilah Mamat (@FadzilahMamat) May 10, 2020
Berikutan perkongsian tersebut, ada juga bekas pekerja Benang Hijau menyuarakan isu yang sama.
Alamakkkk https://t.co/dneuFBkAdF
— wavawilawahieda (@wavawila) May 11, 2020
Fuhhhhhhh https://t.co/J0RFqEtRhc
— wavawilawahieda (@wavawila) May 11, 2020
Gaji merupakan hak para pekerja, jika gaji anda sudah dipotong untuk KWSP, rajinkan diri anda untuk sentiasa periksa sama ada betul-betul sudah dimasukkan atau tidak.
Apakah pandangan anda mengenai isu ini? Adakah anda pernah mengalami masalah seperti ini?
Sebelum ini, agensi PR didakwa cuba cabuli hak pengkarya seni. Ikuti berita tersebut pada pautan di bawah ini.
Hak Pengkarya ‘Dicabuli’, Pelukis Ilustrasi Ini Dedah Agensi PR Mahu 80 Lukisan Secara Percuma?
Selepas Soonaru, Pelukis Ilustrasi Ini Pula Dakwa Karyanya Ditiru FashionValet