Ketika ini ramai yang menggunakan media sosial untuk menaikkan sesuatu isu agar suara ‘kecil’ dan rintihan mereka didengari oleh ramai pihak. Sebut sahaja Benang Hijau, pasti ramai yang kenali jenama yang pernah terkenal satu ketika dahulu.

Terbaharu, kecoh di media sosial apabila seorang pengguna Twitter @wavawila ‘spill the tea’ tentang sebuah syarikat dikenali sebagai Benang Hijau telah membuat potongan gajinya untuk KWSP tetapi apabila diperiksa tiada caruman telah dilakukan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsian tersebut, beliau yang telah bekerja dengan syarikat Benang Hijau pada tahun 2016 telah menyuarakan akan perkara itu sebelum ini kepada pengasas syarikat, Fadzilah Mamat dan dikatakan isu tersebut masih dalam proses.

https://twitter.com/wavawila/status/1259526201984475138

Walaupun beliau telah berhenti kerja, tetapi masih membuat follow up untuk mengetahui status penolakan wang yang berada dalam proses. Hari berganti hari dan tahun berganti tahun, wang masih tiada dalam KWSP.

Oleh itu, beliau gunakan medium media sosial untuk meluahkan isu tersebut. Apa yang mengejutkan adalah nama beliau berada dalam senarai sebagai orang yang bertanggungjawab untuk pembayaran bil-bil tertunggak seperti TM dan sebagainya, seperti dirinya pula pemilik syarikat Benang Hijau.

https://twitter.com/wavawila/status/1259526220699451392

Sepanjang 2 tahun, beliau mendapat panggilan daripada peguam, polis dan sebagainya untuk membayar hutang tunggakan syarikat Benang Hijau. Disebabkan tidak tahan, beliau telah menghubungi pemilik Benang Hijau untuk bersihkan nama beliau kerana bukan dirinya yang sepatutnya bertanggungjawab.

Selepas namanya dibersihkan, beliau masih bertanya akan isu KWSP yang tertunggak dan gagal dilakukan oleh pihak Benang Hijau tetapi tiada jawapan. Malah, difahamkan Fadzilah Mamat telah menyekat beliau di aplikasi Whatsapp dan Twitter.

https://twitter.com/wavawila/status/1259667648784166914

https://twitter.com/wavawila/status/1259673279545012230

Tambahnya lagi, bukan niatnya ingin memalukan pihak Benang Hijau tetapi beliau ingin menuntut haknya sepanjang beliau bekerja di sana. Malah, perkongsian yang dibuat oleh beliau bukan hanya untuk haknya seorang sahaja tetapi untuk bekas-bekas pekerja lain yang masih tidak dapat hak mereka.

Disebabkan perkongsian beliau mendapat perhatian netizen, pengasas syarikat Benang Hijau tampil menjelaskan isu tersebut. Menurut Fadzilah Mamat, beliau telah menghubungi saudari Wavawila dan perjelaskan perkara itu.

Menurut Fadzilah Mamat, syarikatnya terpaksa tutup beberapa cawangan Benang Hijau kerana mengalami kerugian pada tahun 2017. Oleh itu, pihak syarikat telah memberikan pampasan yang sewajarnya kepada pekerja yang terlibat dan telah berunding dengan pihak KWSP, GST, pembekal, tuan tanah dan pelbagai pihak bagi menyelesaikan segala tungakan.

Selain itu, pihaknya telah berunding dengan KWSP melalui proses mahkamah dan pihak KWSP membenarkan syarikat Benang Hijau untuk membayar secara bulanan sehingga kesemua baki dilunaskan dan kesemua bayaran dijangka selesai pada tahun hadapan.

Berikutan perkongsian tersebut, ada juga bekas pekerja Benang Hijau menyuarakan isu yang sama.

https://twitter.com/wavawila/status/1259716721444679680

https://twitter.com/wavawila/status/1259712140086087680

Gaji merupakan hak para pekerja, jika gaji anda sudah dipotong untuk KWSP, rajinkan diri anda untuk sentiasa periksa sama ada betul-betul sudah dimasukkan atau tidak.

Apakah pandangan anda mengenai isu ini? Adakah anda pernah mengalami masalah seperti ini?

Sebelum ini, agensi PR didakwa cuba cabuli hak pengkarya seni. Ikuti berita tersebut pada pautan di bawah ini.

Hak Pengkarya ‘Dicabuli’, Pelukis Ilustrasi Ini Dedah Agensi PR Mahu 80 Lukisan Secara Percuma?

dUCk Scarves Kantoi Tiru Idea Jenama ‘Indie’ Tempatan?

Selepas Soonaru, Pelukis Ilustrasi Ini Pula Dakwa Karyanya Ditiru FashionValet