Sebelum ini, muncul dakwaan mengatakan pelakon Nad Zainal bercuti bersama pelakon dan pengarah, Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz di Bali, Indonesia.
Menjawab kontroversi itu, Naz Zainal dalam satu laporan telah menepis dakwaan tersebut dan menjelaskan pemergiannya ke destinasi peranginan itu atas urusan kerja dan juga ditemani pembantu peribadi.
Baca Juga:
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
- Elakkan Diri jadi Mangsa Scam, Ini 12 Pelaburan Emas ‘Trusted’ Yang Patuh Syariah
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
“Saya hendak tegaskan kami pergi untuk bekerja. Saya tidak pergi berseorangan. Sebaliknya, ditemani pembantu peribadi dan tidak ada apa yang perlu kami sembunyikan.
“Kami pergi ke luar negara pun rasanya ramai yang sudah tahu kerana kami kongsi perkara itu dalam media sosial. Lagipun, kami bukannya bercinta sampai tahap hendak ‘cover line’ (berselindung).” kata Nad Zainal.
Mengulas keselesaan berkawan rapat dengan Ungku Ismail, Nad mengaku serasi secara semula jadi kerana mereka berkongsi pemikiran dan visi sama. Malah, mereka merancang pelbagai projek yang akan diusahakan bersama pada masa akan datang.