Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai pada 10 Mac lalu dengan memberi alasan bahawa tiada persefahaman selain sudah berlaku shiqaq dalam rumah tangga mereka.

Terbaharu, Diana Danielle dan Farid Kamil hadir di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pagi tadi bagi untuk menjalani proses penyelesaian melalui Jawatankuasa Pendamai (JKP).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@xtra_my

Replying to @fαтιηfια Diana Danielle dakwa beliau difitnah berkaitan orang ketiga🥺 #fyp #xtramy #dianadanielle #faridkamil #cerai #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Ketika menghadiri ke sesi JKP, Farid dilihat membawa sejambak bunga dan juga cincin. Menjawab dakwaan Farid, Diana menafikan tuduhan suaminya bahawa dia berlaku curang sehingga nekad untuk memfailkan perceraian.

“Itu semua fitnah. Masalah yang timbul adalah kesalahan dia 100 peratus. Kalau betul saya ada orang ketiga, kenapa dia nak belikan cincin kahwin saya. Kalau kantoi kenapa nak bawa bunga.” kata Diana.

Tambahnya, tindakan Farid membawa sebentuk cincin dan sejambak bunga untuk diberikan kepadanya bukanlah bertujuan untuk menyelamatkan perkahwinan mereka sebaliknya mahu menjaga maruahnya sahaja.