Semalam tular sebuah video memaparkan sekumpulan lelaki yang bertindak memukul warga asing di kawasan kaki lima sebuah premis di Kajang. Sekumpulan lelaki warga tempatan tersebut dikenali dengan nama Yusuf Azmi, Abang Ali dan beberapa orang pengikutnya yang belum dikenal pasti menerusi hasil siasatan awal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malah, ada yang mendakwa kejadian itu berlaku disebabkan kumpulan suspek terdiri daripada pengerusi dan pengikut sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang marah kepada suspek kerana didakwa menjual baju cetak rompak NGO terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, perlakuan suspek adalah satu tindakan yang mengganggu gugat serta mendatangkan kekacauan kepada ketenteraman awam berikutan kejadian itu berlaku di kawasan awam terbuka.

Bukan itu sahaja, suspek tersebut turut didapati melanggar beberapa prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan berkumpul serta tidak menjaga penjarakan fizikal. Malah, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (merusuh) dan jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tambahnya, bagi kesalahan melanggar SOP PKPB, kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan / 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian ini boleh berhubung dengan mana-mana Balai Polis terdekat atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat di talian 019-6655811.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Influencer Kembali Jadi Buah Mulut Netizen, Kali Ini Kerana Konten ‘Alasan Rentas Negeri’

Instafamous Didakwa Sanggup Aniaya Artis Dan Anak Yatim Demi ‘Marketing’ Produk ?

Ini Pencerahan Siti Nurhaliza Selepas Wujud Dakwaan Individu Ternama Rentas Negeri Untuk Majlis Tahnik

Sumber