Setiap pengguna jalan raya sudah pasti mengetahui fungsi lorong-lorong yang ada di atas setiap jalan raya. Ia direka untuk mengawal dan membantu pemandu, serta mengurangkan konflik lalu lintas.

Namun, masih ada segelintir pihak yang tidak mengendahkan fungsi lorong-lorong tersebut sehingga menyebabkan kemalangan dan menyusahkan pengguna jalan raya lain.

Baru-baru ini tular satu rakaman dashcam sebuah Perodua Axia telah menjadi ‘punca’ kepada satu kemalangan yang berlaku pada beberapa hari. Kejadian tersebut disebabkan pemandu Axia itu terburu-buru untuk memotong kenderaan dihadapannya dengan menggunakan lorong kiri.

Dalam rakaman video dashcam itu, ketika Perodua Axia itu sedang berada di lorong tengah, pemandunya membuat keputusan untuk memotong kenderaan dihadapannya menggunakan lorong kiri selepas mendapati kenderaan itu ‘melambatkan’ pergerakkannya.

Bagaimanapun, dalam beberapa saat kereta Axia itu masuk ke lorong kiri, pemandu itu segera cuba masuk semula ke lorong tengah setelah mendapati ada sebuah lori treler panjang sedang bergerak perlahan di lorong kiri tersebut.

Umpama ‘terlepas dari mulut buaya masuk ke mulut harimau’, kereta Axia itu telah melanggar Honda Stream yang dipotongnya sebelum itu sehingga kedua-dua kereta tersebut terpelanting masuk ke lorong kanan lalu merempuh penghadang jalan.

Kesan pelanggaran tersebut telah menyebabkan kereta Axia tersebut terbalik beberapa kali dan Honda Stream itu pula bergeser sehingga menggeluarkan percikkan api apabila tayar pada bahagian kiri kereta itu tercabut sejurus dilanggar oleh Axia terbabit.

Sumber Gambar: Facebook 北赖/北海收风八卦站
Sumber Gambar: Facebook 北赖/北海收风八卦站
Sumber Gambar: Facebook 北赖/北海收风八卦站
Sumber Gambar: Facebook 北赖/北海收风八卦站
Sumber Gambar: Facebook 北赖/北海收风八卦站
Sumber Gambar: Facebook 北赖/北海收风八卦站

Rakaman insiden ngeri ini masih menjadi bualan ramai ketika artikel ini ditulis, rata-rata orang ramai meninggalkan pelbagai kecaman pada ruangan komen kerana berasa geram dan marah terhadap pemandu Perodua Axia itu kerana tindakan terburu-burunya telah menyebabkan Honda Stream itu menjadi mangsa.

Diharapkan agar orang ramai mengambil iktibar daripada rakaman insiden ngeri ini agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya serta memandu secara berhemah agar tidak berlakunya kemalangan sehingga boleh mengorbankannya nyawa.

Lihat seorang pemandu Myvi memandu dengan laju hanya kereta tidak mahu membenarkan kenderaan lain memotong keretanya.

Netizen Geram Dengan Tindakan Pemandu Myvi Halang Kereta Lain Potong Keretanya

‘Terhimpit’ Sehingga Jatuh, Kemalangan Antara Penunggang Basikal Dan Viva Cetus Pertikaian

Sumber