Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri tampil memberikan kenyataan semalam di Instagram miliknya selepas suaminya mendakwa dia telah menggugurkan anak ketiga mereka.
Menerusi perkongsiannya, dia bersyukur apabila keputusan siasatan terhadap dakwaan sengaja menggugurkan kandungan berpihak kepadanya.
Baca Juga:
- Orang Muda Lebih Suka Beli Kereta Berbanding Rumah Untuk Bergaya
- Ini Sebab Golongan Muda Semakin Sukar Menabung Untuk Masa Depan
- 5 Tip Penting Yang Anak Muda Perlu Tahu Sebelum Beli Rumah Pertama
Malah, Shuhada menegaskan tuduhan Hafidz tidak benar, berat sebelah dan menyembunyikan situasi sebenar. Bukan itu sahaja, kenyataan Hafidz adalah bertentangan dengan apa yang sebenarnya terjadi terutamanya soal nafkah dan kononnya pelakon itu mengambil berat tentang kandungan anak mereka.
Susulan itu, Shuhada mengatakan bahawa mempunyai bukti bahawa dia keguguran akibat tekanan seperti laporan perubatan yang disediakan doktor. Terdahulu, pelakon Hafidz Roshdi telah membuat dua kali laporan polis terhadap Nurul Shuhada atas dakwaan isterinya sengaja menggugurkan anak ketiga mereka.