Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat semakin ramai YouTuber Mat Saleh yang hadir ke Malaysia untuk bukan sahaja bercuti serta mencuba makanan di negara ini, malah tampil untuk membuat konten.

Terbukti mampu menarik perhatian warga Malaysia serta mengumpul jumlah followers yang tinggi antara yang menjadi dorongan buat YouTuber Mat Saleh memilih Malaysia sebagai destinasi pilihan.

Baca Juga:

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila seorang YouTuber @travelwithchris menerusi perkongsian di Facebook Reel tampil berkongsi pengalaman beliau mencuba ayam gunting.

Meskipun tampil dalam keadaan yang ceria serta sopan memesan ayam gunting, telatah wanita ini yang didakwa netizen sombong serta tidak mesra ini antara yang mendapat perhatian ramai.

Video ringkas yang dikongsikan Mat Saleh ini turt menerima pelbagai respon di kalangan netizen di mana rata-ratanya tampil membuat permohonan maaf bagi pihak penjual ayam gunting tersebut. Menurut para netizen, warga Malaysia sememangnya tidak sombong dan mesra semuanya.

Sumber: facebook @travelwithchris
Sumber: facebook @travelwithchris

Sementara itu, terdapat juga netizen yang berpendapat wanita tersebut mungkin tidak sombong sebaliknya tidak mahir berbahasa Inggeris membuatkan beliau sekadar berdiam diri sahaja.

Sumber: facebook @travelwithchris
Sumber: facebook @travelwithchris

Untuk pengetahuan, Mat Saleh yang dikenali dengan nama Travel With Chris ini merupakan seorang YouTuber aktif membuat vlog di mana beliau telah membawa penonton bersama menjelajah ke Eropah, Jamaica dan kini berada di Malaysia. Setakat ini, beliau sudah berjaya mengumpul lebih 200,000 subscribers di YouTube.