Pasti anda semua tahu bahawa Neelofa telah perkenalkan produk baharu iaitu susu pisang Nilofa. Sebelum ini kecoh di media sosial apabila susu pisang Nilofa ‘over claim’ khasiat pada produk tersebut.

Minuman tersebut dikatakan dapat membantu merendahkan tekanan darah tinggi, membantu membuang toksik dari badan, meningkatkan metabolisme, mengawalselia pengeluaran insulin dan pergerakan oksigen, mengurangkan obesiti dan sebagainya.

MG_0139
HYPE
Bagai Memilih Teman Istimewa, Huawei Matebook D 15 Tawarkan Kesemua Ciri Idaman
Baca lagi →

Malah, hal ini turut mendapat perhatian Dr Amalina Bakri dan beliau telah meminta pihak Neelofa tampil untuk menjelaskan perkara tersebut. Ini kerana pengiklanan tersebut membuat akuan yang dilarang kerana melibatkan kesihatan.

Berikutan itu juga, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut membuat satu kenyataan di Facebook dengan mengatakan bahawa pengiklanan akuan produk tersebut adalah dilarang diletakkan pada label dan iklan produk makanan.

Difahamkan juga bahawa produk Nilofa turut sudah diperiksa oleh pihak KKM di kilang dan juga gudang. Untuk pengetahuan anda, tindakan telah diambil ke atas pihak yang mengedar atau menjual produk makanan tersebut yang tidak mematuhi mana-mana perundangan berkaitan di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Produk 'susu pisang' dan akuan kesihatanKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius penjualan dan…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Friday, 6 December 2019

Justeru itu, Neelofa tampil menjelaskan di Instagram bahawa pihaknya perlu memperkemaskan aspek pembungkusan susu pisang keluarannya selepas diperiksa oleh pihak KKM dan tiada tindakan diambil kementerian terhadap isu ‘over claim’ atau dakwaan keterlaluan membabitkan kelebihan Nilofa.

Menurutnya lagi, siasatan mendapati maklumat dalam risalah produk Nilofa yang diedarkan pada sidang media baru-baru ini, tidak dirujuk sebuah agensi yang dilantik syarikat kepada pihaknya. Malah, jika beliau mengetahui akan perkara ini pastinya beliau tidak akan benarkan ia diedarkan.

Menerusi satu laporan Malaysiakini, Neelofa berasa kecewa dengan sikap sesetengah orang Melayu yang didakwanya mahu menjatuhkan bangsa sendiri. Malah, beliau turut berasa kecewa dan terkilan apabila banyak pihak menokok tambah isu berkenaan.

Justeru itu, Dr Amalina Bakri membuat satu kenyataan di Twitter dengan mengatakan bahawa beliau bertanggungjawab untuk menegur jika ada perkara yang salah mendapat perhatiannya. Malah, beliau berharap orang diluar sana akan berhenti menggunakan bangsa dan alasan Melayu ingin jatuhkan Melayu.

Tambahnya lagi, beliau tidak menerima apa-apa kelebihan pun dengan melakukan perkara tersebut tetapi adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk mengungkapkan kebenaran dan melindungi rakyat Malaysia daripada produk yang ‘over claim’.

Apakah pendapat anda tentang isu ini? Produk ‘over claim’ di Malaysia ini sebenarnya bukan pertama kali sudah terjadi tetapi sudah banyak kali berlaku.

Terlepas isu ini sebelum ini? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Benarkah Susu Pisang Nilofa Mampu Kurangkan Obesiti?

Neelofa Umum Tinggalkan Program MeleTOP Selepas 7 Tahun Mengacara

Anda Mungkin Suka