Sering kali seseorang individu mengamuk berpunca daripada sesebuah masalah yang beliau tidak berpuas hati. Mengamuk terkadang turut membuatkan seseorang bertindak di luar kawalan tanpa memikirkan impak yang berlaku.

Terbaharu, tular sebuah perkongsian video daripada TikTok @darlisnasidagangganu di mana muncul seorang lelaki ini yang tiba-tiba mengamuk di sebuah kedai nasi dagang di Putra Heights.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

https://www.tiktok.com/@darlisnasidagangganu/video/7241172552960314626

Setibanya di kedai, lelaki ini dilihat dalam keadaan mengamuk dengan mempersoalkan orang ramai yang melabelkan dirinya gila.

“Hang kata aku gila, babi kau!” kata lelaki mengamuk ini.

Tidak hanya mengeluarkan kata-kata kesat, situasi menjadi lebih serius apabila beliau dilihat membaling nasi dan bungkusan air panas yang terkena kepada muka kanak-kanak berusia 4 tahun.

Menerusi rakaman CCTV kedai tersebut, lelaki mengamuk ini kemudiannya keluar dari kedai sebelum patah balik ke kedai di mana beliau dilihat membaling kerusi-kerusi dalam kedai.

Video yang dikongsikan tidak sampai 24 jam ini telah meraih lebih 1 juta tontonan di TikTok di mana rata-rata netizen meluahkan rasa risau serta mahu mengetahui keadaan kanak-kanak berusia 4 tahun tersebut.

Sumber: TikTok @darlisnasidagangganu
Sumber: TikTok @darlisnasidagangganu

Setakat ini artikel ditulis, masih belum terdapat perkembangan terkini daripada pihak kedai ini mengenai punca lelaki tersebut mengamuk dan juga keadaan kanak-kanak tersebut.

Diharapkan kanak-kanak tersebut tidak mengalami kecederaan serius manakala tindakan dapat diambil kepada lelaki mengamuk yang didakwa kacip tersebut.