Sebut mengenai AmTuah dikalangan pemain FIFA dan e-sukan, pasti ramai yang mengenalinya. Berjaya memenangi pertandingan FIFA di AGES 2016 serta dilamar Schalke 04 sebagai pemain e-sukan antara detik yang membuatkan nama beliau dikenali ramai.

Terbaharu, kecoh di media sosial apabila AmTuah dikatakan tidak mampu mengawal kemarahan dengan membuat provokasi yang melampau kepada pihak lawan sejurus selepas menjaringkan gol.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

73388466_10212664298683010_8674127916780486656_n

Gaya beliau meraikan gol yang keterlaluan membuatkan netizen kurang senang ditambah pula mengetahui beliau merupakan salah seorang pemain e-sukan yang profesional.

Selain itu, provokasi pihak penonton  yang hadir ke pertandingan FIFA bertempat di Jeselton Esports Arena, Sabah terhadap AmTuah antara yang membuatkan konsentrasi beliau sedikit terganggu sekaligus membuatkan beliau membalasnya dengan cara yang kurang menyenangkan ramai.

Isu ini nampaknya sudah diselesaikan melalui permohonan maaf AmTuah di laman media sosial beliau kepada pihak lawan serta para penonton.

Diharap isu ini bakal memberi pengajaran buat AmTuah serta pemain e-sukan lain untuk menunjukkan sikap profesional terhadap pihak lawan. Berikut merupakan perkongsian penuh perlawanan AmTuah yang menjadi kontroversi dikalangan pemain e-sukan.

Selain daripada dilamar menjadi pemain e-sukan kelab bola sepak Schalke 04, AmTuah pada tahun lalu berjaya mewakili Asia Tenggara dalam kejohanan FIFA 18 di Jerman. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai AmTuah.

‘AmTuah’ Wakil Asia Tenggara Untuk Kejohanan FIFA 18 Di Jerman

Amirul ‘AmTuah’ Sah Sertai Schalke 04 Sebagai Pemain E-Sukan FIFA