Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebuah rancangan hiburan All Together Now Malaysia yang baru sahaja ditayangkan secara rasmi pada Ahad lalu telah menjadi buah mulut netizen. Dalam rancangan tersebut, terdapat 50 orang juri yang menilai persembahan para peserta.

Lantaran penampilan 50 orang juri dalam rancangan tersebut, rata-rata netizen menimbulkan rasa kurang senang disebabkan kini negara kita sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen mendakwa para juri tidak memakai pelitup muka dan tidak mengamalkan SOP yang sepatutnya. Akan tetapi, ada juga yang mengatakan rancangan ini sudah dirakamkan sebelum pelaksanaan PKP di Malaysia.

Menjawab persoalan netizen, menurut pihak Astro, rakaman program All Together Now Malaysia telah dilakukan pada 3 Mac hingga 11 April 2021 semasa pelaksanaan PKPP.

photo_2021-06-08_13-30-30

Malah, semasa rakaman dijalankan, pihak rakaman telah memastikan mematuhi kesemua garis panduan SOP semasa PKPP yang dikeluarkan oleh pihak MKN dan KKM.

Difahamkan, format asal program ini sepatutnya menampilkan 100 orang juri namun berikutan situasi semasa, jumlah tersebut dikurangkan kepada 50 orang juri. Malah, program ini juga sebenarnya telah ditunda sebanyak dua kali daripada tarikh asal siarannya.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket. 

Jadi ‘Ikon’ Orang Tak Puasa, Anak Bell Ngasri Kena Senda Di Sekolah

Tidak Mahu Digelar Ustaz, Suhaimi Saad ‘Letak Jawatan’ Sebagai Penyanyi Nasyid

Didakwa ‘Menghina’ Blackpink Dan Seksualkan Wanita, Peminat Tuntut Namewee Minta Maaf

Anda Mungkin Suka