Tular sejak tahun lalu apabila Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Sajat didakwa melarikan diri ke Australia selepas mencetus pelbagai kontroversi dalam negara.

Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini turut memerintahkan harta milik Sajat disita untuk membayar pampasan kepada bekas stokis utama, OWA Resources yang menuntut pampasan sebanyak RM200,000.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, beliau sekali lagi diminta hadir ke Mahkamah Ampang Jaya pada 22 Februari 2022 dalam membantu siasatan kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan. Sehubungan dengan itu, pihak PDRM Ampang Jaya menerusi perkongsian di Facebook telah mendedahkan nama sebenar Sajat beserta alamat dan wajah beliau dalam membantu siasatan.

Pihak PDRM turut memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya menghubungi pengawai penyiasat yang bertugas seperti yang tertera dalam perkongsian Facebook. Dalam pada itu, terdapat netizen yang tampil berkongsi lokasi Sajat kepada pihak PDRM Ampang dengan memaklumkan Sajat kini berada di Australia.

Sumber: facebook Polis Daerah Ampang Jaya Page

Diharap kes ini dapat diselesaikan dengan penuh adil melihatkan kes pemalsuan kad pengenalan merupakan kes yang berat dalam undang-undang negara manakala individu yang mempunyai maklumat mengenai Sajat boleh menghubungi pihak PDRM dalam berkongsi maklumat.

Tular pada minggu lalu di mana kediaman Sajat yang pernah menjadi milik Datuk Aliff Syukri dilaporkan berjaya dilelong dengan nilai RM9.5 juta.

Pernah Menjadi Kediaman Datuk Aliff Syukri, Sajat Sedia Lelong Rumah Bernilai RM9.5 Juta

Berjaya Bida Harta Sajat Bernilai RM132,000, Pembida Dipercayai ‘Ghaib’ Ke Luar Negara

Dakwa Berat Sebelah, Sepupu Sajat Sedia Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Harith Iskander