Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sejak Proton menjual saham kepada Geely pada tahun 2017, kereta-kereta tempatan mula mendapat ‘revolusi’  dari segi imej dan kualiti yang setanding dengan kenderaan buatan luar negara.

Namun begitu, terdapat ‘konflik dalaman’ di antara pekerja dengan pihak pengurusan Proton yang menyebabkan kesatuan pekerja mahu mengadakan protes aman dengan memakai pengikat kepala merah kerana CEO itu berdolak-dalik dan tidak mengendahkan permintaan pekerja-pekerja seperti yang dilaporkan oleh portal Careta.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Sumber dalaman Careta memaklumkan tindakan ini dibuat kerana pihak pengurusan syarikat hanya mendiamkan diri walaupun kesatuan pekerja telah memenuhi persetujuan untuk memajukan prestasi syarikat.

PROTON X 70 START PRODUCTION

Sumber Gambar: Berita Harian

“Kami diminta untuk memberikan komitmen bekerja lebih dari 10 jam sehari untuk enam hari seminggu dan kami akur.

“Kami juga dijanjikan insentif jika sasaran tercapai. Namun begitu, semuanya didiamkan dan tidak diendahkan,” terang wakil kesatuan pekerja menerusi perbualan telefon dengan wakil Careta.

Lebih memburukkan keadaan lagi apabila pihak kesatuan pekerja Proton di Shah Alam (PONSB) juga mendiamkan diri dan tidak membuat sebarang aduan mengenai janji-janji Geely yang tidak ditepati sehingga ke hari ini.

vocket-ceo-proton-akur-janji-2

Sumber Gambar: Finance Twitter

“Kami tidak mahu bersuara kerana kami tidak mahu mengeruhkan keadaan. Namun begitu, diam kami telah disalahgunakan oleh pihak pengurusan tinggi dari luar dan dalam negara,” sambungnya.

Difahamkan satu memo berkaitan janji-janji yang sepatutnya dilunaskan akan dikeluarkan oleh pihak kesatuan semalam, tetapi tidak dilakukan oleh mereka.

Antara aduan-aduan di dalam dokumen yang telah dilihat oleh pihak Careta termasuklah isu penarikan faedah pekerja sedia ada, pembayaran insentif Happy Operation Entity yang tidak berbayar sejak Januari 2021, serta perbincangan berkaitan bonus tahun 2020.

vocket-ceo-proton-akur-janji-3

Sumber Gambar: Pandu Laju

Menurut memo terkini Kesatuan PONSB, pihak pengurusan Proton kini bersetuju untuk melaksanakan permintaan-permintaan di bawah —

  1. Skim Staff Purchase, Skim Staff Purcahse 25 Tahun dan Skim Staff Purchase keluarga terdekat yang akan disambung kembali.
  2. Pembayaran insentif HOE di mana pihak syarikat akan memaklumkan kepada Kesatuan untuk perbincangan semula.
  3. Pembayaran bonus tahun 2020 akan dilaksanakan pada 30 April 2021.

Untuk makluman semua, Proton mempunyai dua kesatuan pekerja untuk tenaga kerjanya, iaitu satu untuk Shah Alam dan satu lagi untuk pekerja di Tanjung Malim.

Satu proses pemindahan pekerja-pekerja Shah Alam ke Tanjung Malim bakal bermula dalam tahun ini.

vocket-ceo-proton-akur-janji-4

Sumber Gambar: The Star

Selain mempunyai ‘konflik dalaman’ dengan pekerja-pekerja tempatan, Dr Li juga cenderung menyerap masuk tenaga profesional dari China untuk menggantikan pengurusan tempatan yang tamat kontrak.

“Jawatan pengurus kanan dan ke atas di Proton diganti dengan pengarah-pengarah dari China yang kebanyakannya jauh lebih muda dan tidak berpengalaman.

“Sepatutnya Proton yang belajar dari Geely, tetapi apa yang dilihat sudah menjadi sebaliknya,” ujar seorang lagi sumber Careta yang bertugas di dalam syarikat yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai syarikat pembuat kenderaan Muslim pertama dunia.

PROTON X70

Sumber Gambar: Berita Harian

vocket-ceo-proton-akur-janji-6

Sumber Gambar: RojakDaily

Terang sumber lagi, projek-projek penghasilan model kereta yang dibuat oleh tenaga pekerja Proton sendiri telah ditolak dan digantikan dengan projek rebadging.

Malah, projek kejuruteraan yang dilakukan oleh Proton sendiri adalah lebih berdaya saing dan kos efektif tetapi ditolak dan digantikan dengan kontrak kejuruteraan dari Geely yang jauh lebih mahal.

“Apa yang sekarang ini diperlukan ialah kajian rasmi berapa nilai RM yang sebenarnya mengalir keluar ke Geely dari Proton kerana kandungan komponen tempatan masih kurang dan sekarang ini ditambah dengan nilai kerja kejuruteraan dari luar,” tegasnya lagi.

Nampaknya pendedahan yang dibuat ini sedikit sebanyak telah ‘menjawab’ beberapa persoalan melibatkan kesukaran pelbagai pihak yang berurusan dengan syarikat tersebut.

Apa pandangan anda mengenai perkara ini? Kongsikan pendapat anda melalui ruangan komen di bawah.

Baru-baru ini seorang pemilik Proton X70 berkongsi video brek gagal berfungsi setelah sepuluh hari menggunakan kereta tersebut.

Rakaman Video Brek Proton X70 Gagal Berfungsi Cetus Kerisauan Netizen

Tidak Gunakan Bahasa Kebangsaan, Kereta Malaysia Mula Hilang Identiti Tempatan?

Anda Mungkin Suka