Syukur syukur alhamdulillah. Terima kasih kepada anda semua yang telah meluangkan masa membaca artikel tentang kejayaan dan pencapaian anak saya Omar Raiyan Azlan di perantauan ini.

kama azlan keluarga

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi pihak keluarga saya, isteri saya dan anak-anak saya, Aisha dan Omar Raiyan dengan rendah hati amat menghargai segala kata pesanan dan doa-doa saudara saudari. Kami amat memerlukannya kerana perjalanan anak-anak kami ini masih amat jauh!

Rezeki hidup di perantauan ini pun belum tentu ke arah mana, oleh itu, kami senantiasa bersyukur pada Yang Esa dan cuba lakukan sebaik mungkin dalam apa jua sekalipun yang berlaku dalam perjalanan hidup kami baik yang pahit ataupun yang manis sebagai tanda kesyukuran kami yang teramat pada Yang Esa.

Kehidupan kita telah pun ditulis dan disusun dengan cantik dan rapinya oleh Yang Esa. InshaAllah, dengan izinNya tiada apa yang perlu di resah atau takut. Tabah (BE BRAVEHEART!) dan percaya kerana Allah menyayangi kita lebih dari ibu kita dan tidak ada sesuatu pun yang akan berlaku (not even a leaf that fell from a tree!) tanpa kehendak dan persetujuaan Yang Esa.

Kami ingin menjelaskan bahawa Omar adalah anak BIASA sahaja seperti anak-anak yang lain, tidak ada yang luarbiasanya. Cuma kami nampak dari kecil dia minat pada bola, tidak takut air dan punyai minda yang cerdas. Oleh itu kami berikan dorongan yang sebaiknya. Itu sahaja.

Omar juga agak nakal kerana masih keanak-anakan, dan kami berikan ‘boundaries’ serta mengajar dan mendidik supaya tahu yang mana salah, dan mana yang baik, dan boleh berfikir sendiri kenapa dan mengapa ianya salah dan mengapa ianya baik. Tugas kita sebagai ibu bapa adalah mendidik. Tapi hakikatnya tidak semudah itu kerana kids have their minds of their own!

Sebagai ibu bapa kena banyak bersabar, kena ulangkali menegur, be consistent and repeat step 1 and do not give up! Like any trades in life, it takes lots of practice to aim for perfection. But never aspire to be perfect and be ever ready to accept mistakes, learn from them and make adjustments! Always strive for the best and tawakkal.

Kami ada terbaca komen-komen saudara saudari yang mahukan tips untuk raise kids like Omar. Sebenarnya kami pun seperti parents yang lain. Tiada apa yang istimewa. Kami juga mengharungi cabaran dan dugaan sehari-harian, ada sahaja ‘curveballs’ yang heading our way, so when life gives you lemons, make lemonade!

Seperti yang kami nyatakan sebelum ini, Omar adalah kanak-kanak biasa dari keluarga orang biasa sahaja. Kalau ada perbezaan mungkin dengan cara bagaimana kami menggunakan masa 24 jam seharian kami itu.

Terus terang di rumah kami tak ada Playstation, tak ada Xbox dan TV di ruang tamu rumah kami itu berusia dah lebih sedekad masih tak upgrade-upgrade. Kami jarang sangat tengok TV. Cuma satu jam saja seminggu – tengok Survivor – sekeluarga.

Dan kalau ada game ManCity dan Barcelona (team kegemaran Omar) – saya dan anak saya tengok. Saya OK OK saja tapi sebab Omar mina, saya pun minat la! Masa mereka lebih digunakan dalam practice piano, practice skill bola, baca buku, siapkan homework dan kelas pengajian Al Quran.

Ada juga mengatakan yang kami hantar Omar ke sekolah mahal dan kejayaan Omar adalah kerana sekolah itu dan kerana kami orang kaya. Pertama sekali, tidak ada satu pun ini milik kami. Semuanya adalah kepunyaan Allah. Kami hanya menggunakan sebaik-baik peluang yang Maha Esa telah kurniakan hidup sebagai expatriate di perantauan ini.

Nabi (ﷺ) kesayangan kita bersabda ‘the BEST charity is the one spent on your family’, so kita hantar anak-anak ke sekolah terbaik setakat yang termampu.

Seperti anak-anak yang bersekolah di luar dari Malaysia, ‘environment’ nya berbeza dengan di Malaysia. Kekawan mereka rata rata mat salleh, berbilang bangsa dan negara, berbeza budaya dan agama (yang tak percaya tuhan pun ada!).

kama azlan 1

Anak- anak orang Asia termasuk anak-anak saya adalah group minority. Tanpa aqidah yang kuat senang betul mereka dimalukan dan dipulaukan. Tambah pula anak-anak peringkat remaja dan pra-remaja, in this age of conformance and wanting to be accepted, these kids can be cruel at this age!!

Ini semua kita ambil kira dalam mendidik anak kita mencintai agama ini. Syukur Alhamdulillah sekarang ramai kekawan anak saya berminat dan mahu mengenali serta memahami agama Islam. Mereka tertarik dengan cara kami mendidik anak-anak dari mencium tangan ibu bapa setiap kali bersalaman sebelum berpisah atau ke sekolah, dan kami pula mencium dahi anak-anak, dan bagaimana anak anak kami tidak tinggal solat 5 waktu.

Ada seorang Canadian mat salleh umur Omar sudah beritahu ibunya mahu menjadi orang Islam. Kebetulan dia berada di rumah melihat kami solat berjemaah sekeluarga dan beliau tertarik dengan bacaaan surah Al Fatihah. Dan banyak lagilah ceritanya tapi eloklah berhenti di sini sebab kita nak collect and keep our deeds to make sure they are sincere for Allah only!

Kisah pencapaian cemerlang Omar ini saya setuju share kerana kawan baik saya rasa cerita sebegini bagus untuk inspire others. Kami tidak mahu apa-apa pun dari ini, cuma kami harap ianya boleh memberi peransang dan meng’offset’kan cerita rudum dan muram yang dah TERLALU BANYAK di terbitkan dari negara kita yang kita sayangi ini.

BANGKITlah anak-anak watanku.

You all are the pride of our country! Raise and claim your spot to make Malaysia GREAT again!!

Akhir sekali, success is boundless and limitless. Tak perlu rasa iri hati – tak ada benefit pun!

So lets celebrate success even the littlest one among each other as when we celebrate success, we celebrate Allah because all success belongs to Him pun!

Inspire others! Rise up!

Allah wants us to lead a noble life, a successful life building a bridge to the most important success of all. Jannah!! InshaaAllah.

May we be amongst His beloved in this life and the next. Amin Ya Rabbal Alamin.

Thank you for all the kind words and doa for young Omar. We appreciate them very much. May Allah reward each one of you with more bounties, true success and happiness in this life and the next. Amin Amin Ya Rabbal Alamin.

Trust Allah, for He is the BEST of Planners, and Disposer of Affairs!

HasbunAllah wa ni’mal wakil.
Only to Allah We Worship, and Only to Allah we ask for Help.

And success is not but through Allah Surah Hud 11:88

Marilah mendirikan solat
Marilah menuju kejayaan

Salam hormat dari kami sekeluarga di Abu Dhabi.
Saya Azlan, isteri dan anak-anak.

Selain Omar, kami dapati anak sulung Azlan bernama Aisha, 13 tahun juga berbakat di dalam pelbagai bidang. Antaranya ialah lukisan seperti ini:

Baca: Cerita Sebenar Di Sebalik Kisah Ibu Terima Kejutan Sebuah Audi Q5 Daripada Anak Usia 23 Tahun

Baca: Kisah Wanita Tua Terima Kotak Ini Bakal Menyentuh Hati Anak Di Perantauan