Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bakal memperkenalkan semula saluran khusus TV Pendidikan yang akan mula bersiaran 17 Februari ini dengan dikenali sebagai DidikTV KPM.

Saluran itu ke udara setiap hari dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah malam dan dijadual dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari pertama bersiaran jam 8.00 pagi.

“Saluran ini adalah usaha berterusan dalam meningkatkan akses pendidikan berkualiti bagi semua murid seluruh negara,” kata kenyataan dari KPM.

Justeru itu, Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi BERSATU Malaysia menzahirkan rasa tahniah buat Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin atas inisiatif dan kesungguhan beliau yang sedikit sebanyak telah berjaya menyelesaikan salah satu permasalahan besar terkait Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Langkah proaktif yang telah diambil pihak beliau menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan salah satu siaran televisyen iaitu NTV7 mencapai taraf ‘saluran khas’ yang semata memfokuskan kepada pembelajaran di peringkat sekolah.

DidikTV bakal menjadi satu lagi saluran pembelajaran di samping beberapa lagi saluran yang turut menyediakan waktu penyiaran (airtime) secara percuma bagi tujuan PdPR antaranya TV OKEY RTM, ASTRO TUTOR 601 & 602.

Semestinya segala penghargaan wajar diberikan kepada Dr. Radzi Jidin atas segala usaha dan perbincangan demi perbincangan sehingga DidikTV KPM termeterai.

Sebelum ini, pihak ARMADA melalui kenyataan Ketua ARMADA Nasional, Wan Ahmad Fayhsal bertarikh 23 Februari 2021 telah mencadangkan untuk siaran Pendidikan dipertingkatkan mengambilkira inisiatif KPM melalui pewujudan TV Pendidikan telah dimulakan sejak 6 April 2020 iaitu bulan seterusnya sejurus perlaksanaan PKP yang pertama.

Oleh itu, ARMADA memandang kejayaan Dr. Radzi Jidin dan pasukan KPM mempertingkatkan waktu siaran sekaligus menjadikan NTV7 sebagai saluran khusus TV Pendidikan (DidikTV) adalah langkah yang paling baik dalam menyelesaikan masalah utama pelajar terkait PdPR seperti kekurangan peranti, gajet atau data internet.

DidikTV KPM boleh ditonton secara percuma menerusi saluran 107 di platform MYTV atau siaran TV satelit berbayar Astro saluran 147 dan juga siaran kabel UnifiTV di saluran 107.

Sejak 27 Januari lalu, calon SPM terlebih dahulu menerima manfaat daripada sesi pembelajaran menerusi slot program tambahan TV Pendidikan oleh KPM. Baca lagi pada pautan di bawah.

KPM Tambah Slot Program TV Pendidikan Di DidikTV@NTV7 khusus Untuk Calon SPM

Bagaimana Kementerian Pendidikan Malaysia Hadapi Cabaran COVID-19 Dengan Penuh Profesional