Sebuah kilang perusahaan kulit tofu kering atau lebih dikenali sebagai fucuk di Sungai Jawi, Penang telah dikenakan sebanyak lima kompaun berjumlah RM8,500 setelah mendapati tahap kebersihan kilang tersebut tidak menepati syarat yang ditetapkan.

Menurut laporan terbitan The Star, Pegawai Kesihatan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Mohd Wazir Khalid berkata, serbuan dijalankan berikutan hasil risikan dan pemantauan dari pihaknya sejak tiga minggu yang lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Hasil siasatan telah mendapati empat perusahaan itu beroperasi memproses fucuk antara lapan hingga 40 tahun lalu tanpa lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Melalui semakan, kesemua premis itu dibuka secara berperingkat di atas tanah berstatus pertanian yang ia tidak sepatutnya wujud walaupun ia tanah sendiri, apatah lagi tidak mendapat kebenaran daripada PBT memandangkan mahu membina premis berasaskan makanan,” jelas beliau.

Bukan itu sahaja, kesemua premis berkenaan didapati didirikan di atas bekas tapak kandang babi sekaligus menyebabkan kawasan berkenaan dihurung lalat bahkan terdapat bangkai seekor kucing yang terletak beberapa meter dari tempat pengeringan fucuk tersebut.

Malah turut membimbangkan apabila terdapat haiwan seperti anjing dan kucing dibiarkan berkeliaran di dalam premis tersebut menyebabkan tahap kebersihan diabaikan.

Dikenakan amaran

Berikutan kesalahan berkenaan pihaknya telah mengeluarkan amaran serta lima kompaun mengikut Peraturan 32 Akta Makanan 1983 ke atas pemilik premis terbabit yang berjumlah RM8,500.

“Kami turut memberi amaran serta nasihat kepada semua pemilik premis supaya mengambil tindakan pembersihan segera berikutan produk fucuk itu kerana ia bukan sahaja dipasarkan di kedai-kedai runcit sekitar Pulau Pinang bahkan juga memasuki Kedah.

“Pada masa yang sama kami berharap pihak berwajib turun bagi memantau premis seperti ini yang beroperasi tanpa lesen serta terletak di kawasan kelapa sawit dan ternakan ayam tanpa kebenaran,” katanya.

Pemeriksaan akan dilakukan dalam tempoh masa tiga minggu dan jika tahap kebersihan premis tersebut masih di dalam keadaan kotor, pihak tersebut akan mengeluarkan notis di mana kilang tersebut akan diarahkan tutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Di samping itu, produk fucuk yang dikeluarkan daripada empat label berbeza itu didapati tiada logo halal pada plastik pembungkusan.

Baca kembali perkongsian kami mengenai Restoran Anuar yang diarahkan tutup kerana didapati kotor dan tidak selamat melalui pautan di bawah.

Didapati Kotor Dan Tidak Selamat, Restoran Anuar Kari Kepala Ikan Bangsar Diarah Tutup

Lantai Kotor Dan Berkerak, Kilang Roti Ini Diarah Tutup Kerana Guna Sumber Air Dari Tandas

Sumber