Adakah anda pernah merasai pengalaman diganggu makhlus halus ketika bercuti dan menginap di sesebuah tempat penginapan?

Terbaharu, Bella Astillah telah berkongsi pengalaman dirinya bersama keluarga pernah diganggu oleh makhlus halus ketika sedang melakukan penggambaran di sebuah pusat peranginan di Instagram miliknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi video tersebut, dia yang berusia 9 tahun dan adiknya selesai menjalani penggambaran untuk satu album kanak-kanak ketika itu dan pihak produksi telah menyediakan tempat penginapan untuk mereka sekeluarga di sebuah kondominium berhampiran dengan lokasi penggambaran mereka.

Pada awalnya, dia sudah terbau busuk di hadapan lift maka dirinya sanggup mencari dari mana bau tersebut datang dan terlihat beg sampah di satu sudut. Terdapat banyak perkara aneh terjadi pada keluarganya dan ibu Bella diganggu teruk dan kakinya ditarik oleh makhlus halus.

Bukan itu sahaja, ibunya turut ternampak seorang wanita berambut panjang berjurai sedang duduk dalam air yang berwarna merah seperti darah penuh dalam bathtub. Malah, ibunya turut meracau dan mencekik lehernya sendiri dengan sekuat hati.

Lantaran itu, mereka sekeluarga tidak dapat tidur dan hanya menunggu waktu subuh untuk pulang kerana sudah tidak tahan dengan gangguan berkenaan. Apa yang mengejutkan, kawasan kondominium yang kelihatan penuh pada waktu malam itu sebenarnya kosong dan sunyi seperti tiada siapa yang menginap di tempat tersebut.

Tambahnya, inilah pengalaman mistik yang tidak dilupakan sehingga hari ini. Bukan itu sahaja, Bella turut mencabar Didi Astillah, Zahiril Adam serta Vicha Saywho untuk berkongsi kisah seram mereka.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan kisah ‘seram’ pada pautan di bawah ini.

5 Pengalaman Paling ‘Seram’ Hasil Perkongsian Pembaca Vocket

Mengaku Mempunyai Ilmu Diamkan Anjing, Kehadiran Individu Misteri Ini Buat Netizen Seram

‘Nasib Baik Waktu Siang, Kalau Tidak Sudah Lari’- Netizen Terkejut Lihat Gadis Jadi Hantu Ke PPV