Sebelum ini, tular di media sosial isu gangguan seksual yang dipercayai melibatkan seorang pendakwah terkenal. Bukan itu sahaja, beberapa video dan mesej lucah turut tersebar di media sosial.

Lantaran itu, pihak polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung isu terbabit. Terbaharu, pendakwah bebas Ustaz Firdaus Wong Wai Hung menerusi saluran Telegram miliknya telah memuat naik klip video sumpah laknat seorang individu.

Difahamkan, menerusi rakaman berdurasi 46 saat itu memaparkan seorang lelaki yang disorok identitinya mengakui sebagai abang kepada mangsa serangan seksual membabitkan pendakwah terkenal.

Menurutnya, adiknya telah menerima mesej serta panggilan video lucah daripada pendakwah terbabit sehingga membuatkan mangsa mengalami kemurungan serta cuba untuk membunuh diri.

Ketika ini, nama dan wajah mereka dirahsiakan terlebih dahulu bagi melindungi mereka. Malah, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung mengatakan mereka akan tampil ke khalayak ramai demi menyatakan sebuah kebenaran.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Restoran Kopitiam Di New York Mohon Maaf Bagi Gambaran Salah Mengenai Malaysia Dan Nasi Lemak

Tidak Cekap Dan Hanya Lempar Di Lantai, Netizen Terhibur Lihat Skill ‘Peserta’ Squid Game Di Stesen MRT

Sumber