Sedar tidak sedar sudah lebih 70 tahun jenama MILO bertapak di Malaysia. Berjaya menjadi pilihan sepanjang bertapak membuatkan jenama ini cukup sinonim di kalangan rakyat Malaysia khususnya golongan kanak-kanak dan remaja.

Di sebalik penawaran air malt coklat, jenama ini juga turut berevolusi dari segi logo serta pembungkusan dalam menawarkan pelbagai jenis pek dan hadiah keluaran terhad sejak mula diperkenalkan di Malaysia.

777b
Sumber: facebook Koleksi barangan milo ypi

Pada kali ini, tular sebuah individu iaitu Mohd Yusof Ali yang lebih dikenali sebagai ‘Miloman’ berikutan kegilaan beliau dalam mengumpul barangan keluaran MILO bermula daripada model terbaru sehinggalah kepada barangan keluaran tahun 1950.

Hobi yang dimulakan sejak 15 tahun lalu ini pada mulanya sekadar suka-suka nampaknya telah menjadi semakin serius setelah beliau memperuntukkan ruangan khas untuk meletak koleksi berharganya.

91a2
Sumber: Yusof Ypi Miloman
c6e9
Sumber: Yusof Ypi Miloman

Bagaimana hobi ‘Miloman’ bermula

Mengulas mengenai bagaimana beliau mula terjebak dengan hobi ini, beliau mengatakan kegilaan mengumpul barangan keluaran MILO adalah sebahagian daripada memori yang dikongsikan bersama arwah ayahnya.

Kongsinya lagi, sekitar tahun 1980, pengedar minuman MILO akan singgah ke kedai runcit ayahnya untuk mengedarkan pek minuman MILO. Menariknya, jenama ini sering kali hadiah dengan penawaran hadiah menarik yang terdiri daripada kotak pensel dan bekas air.

054d
Sumber: facebook Yusof Ypi Miloman
2f1d
Sumber: facebook lobak merah
ede8
Sumber: facebook Yusof Ypi Miloman

Menginjak dewasa, beliau mula sedar jenama ini telah mengumpul banyak nostalgia buat dirinya seterusnya mulai mengumpul lebih banyak barangan keluaran MILO. Siapa sangka, beliau kini merupakan antara pengumpul barangan keluaran MILO terbesar di Malaysia merangkumi 1,000 jenis barang.

Tidak hanya mengumpul barangan keluaran MILO, beliau kini turut aktif sebagai ahli group Facebook Kelab Peminat Barangan MILO Malaysia. Group ini kini telah berjaya mengumpul lebih 6,000 ahli dimana orang ramai berpeluang berkongsi serta menjual barangan keluaran MILO serata negara.

4746
Sumber: facebook Yusof Ypi Miloman

Beliau juga dikatakan turut menjalankan perjumpaan bersama peminat barangan MILO yang lain di galeri MILO rumahnya.

Mengulas mengenai pelan jangka masa panjang hobinya, Mohd Yusof Ali mengatakan beliau tidak mempunyai perancangan untuk berhenti daripada mengumpul barangan keluaran MILO setakat ini. Beliau juga dilaporkan telah membelanjakan sekitar RM40,000 terhadap hobinya setakat ini.

Ikuti juga kisah collector kasut vintaj keluaran Nike yang tersohor di negara kita iaitu Hatu Guni. Klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Lihat Koleksi Hatu Guni, Pengumpul Nike Vintaj Terkemuka Negara

Pengumpul Levi’s Vintaj Dari Malaysia Sanggup Labur RM300,000 Untuk 3 Helai Jeans Ini

Sumber