Nampaknya Digi bakal menawarkan pelan prabayar kompetitif khusus buat mereka yang mahukan penjimatan berganda beserta panggilan tanpa had buat para pengguna tidak lama lagi.

Melalui laporan daripada Amanz, beberapa pengedar Digi sudahpun mula menawarkan pelan ini dengan harga langganan RM28 sebulan. Selain itu, pelan terbaru daripada Digi ini turut menawarkan SMS tanpa had buat semua rangkaian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Pelan Prabayar Digi RM28
Sumber: Amanz

Berdasarkan penawaran yang dibuat Digi, para pengguna bakal menerima internet percuma dengan kouta 2 GB pada hari minggu dan 2 GB lagi pada hujung minggu.

Setakat ini, pelan prabayar RM28 ini masih belum ditawarkan secara rasmi dan dipromosi Digi melalui laman web rasmi. Melalui promosi terbaru Digi ini adakah anda berpendapat pelan prabayar terbaru ini berbaloi untuk didapatkan.

Sumber