Digi baru-baru ini telah melancarkan 3 pelan prabayar terbaru. Dikatakan pelan terbaru daripada Digi ini lebih memfokuskan kepada penjimatan harga. Untuk menyesuaikan dengan cara penggunaan pengguna, Digi telah menawarkan 3 jenis pelan Internet yang bermula daripada RM1 sehingga RM8.

161207-digi-prepaid-internet-unlimited-daily-passes

Kami mulakan daripada pelan terendah daripada Digi iaitu pelan internet RM1. Dengan langganan serendah RM1, anda berpeluang untuk menggunakan pelbagai social media serta menonton video.

Mungkin agak keterlaluan untuk menawarkan RM1 pada kelajuan yang tinggi, Digi telah menetapkan download speed dengan kelajuan 512kbps. Jika anda seorang yang gunakan internet bagi tujuan aplikasi Whatsapp dan WeChat, pelan ini sudah cukup memadai pada pendapat kami.

Melalui pelan internet RM3, anda diberi akses percuma panggilan bersama rangkaian telco yang sama. Selain itu, internet juga ditawarkan dengan ‘unlimited’ dengan kelajuan yang rendah.

screen_shot_2016-12-07_at_6

Buat anda yang mahukan kelajuan yang tinggi, serta akses untuk kesemuanya, kami sarankan anda ambil pelan internet RM8. Anda berpeluang untuk melayan internet sepuas-puasnya dengan kelajuan internet yang tinggi.

Digi turut menyatakan apa yang dimaksudkan dengan ‘unlimited’ adalah penggunaan internet sehari dengan quota internet 10GB serta panggilan percuma untuk 1,000. Melihat kepada tawaran daripada Digi, boleh dikatakan langkah ‘unlimited’ yang dinyatakan agak selamat untuk pengguna biasa.

Buat anda yang berminat untuk melanggan, anda hanya perlu dial *116*2# dan pilih pelan internet yang sesuai dengan anda. Setiap langganan cuma boleh digunakan selama 24 selepas diaktifkan dan perlu diaktikan semula jika anda berminat untuk meneruskan langganan.

Untuk makluman lanjut mengenai pelan internet Digi, anda boleh layari ke laman web Digi.

Sumber