Mula diumumkan sebagai ura-ura Digi pada hari ini telah mengesahkan mereka sedang mengadakan promosi pada masa yang singkat ini. Melalui promosi ini, Digi telah menawarkan dua pakej buat para pengguna iaitu Digi Postpaid Infinite 100 dan Digi Postpaid Infinite 150.

Berdasarkan pakej yang baru diperkenalkan bermula hari ini, Digi Postpaid 100 Infinite berjaya menawarkan pakej panggilan dan data secara unlimited. Dalam pada itu para pelanggan cuma berpeluang untuk melayari internet pada kadar kelajuan 5 Mbps sahaja manakala tethering dihadkan pada 20 GB.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kelajuan yang tersedia sebenarnya tidaklah terlalu perlahan dan sudah mencukupi buat majoriti pengguna melayari media sosial dan YouTube tanpa sebarang masalah. Jika anda sering memuatturun fail dalam saiz yang besar dan mahukan kepantasan yang lebih mungkin pakej ini kurang sesuai buat anda.

Digi Postpaid Infinite 100

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan pakej Digi Infinite 100 ini, kami syorkan anda dapatkan segera kerana tawaran ini cuma berlangsung selama 5 hari sahaja sehingga 16 September 2017 bersempena Hari Malaysia.

Dari segi penawaran, Digi boleh dikatakan berjaya untuk memberikan antara pakej terbaik buat majoriti pengguna di Malaysia. Sekiranya liputan Digi bukan masalah di kawasan anda, mungkin pakej ini yang perlu anda pertimbangkan sekiranya data dan panggilan yang unlimited merupakan keutamaan anda.

Buat anda yang merasakan 20 GB data untuk kegunaan tethering sangat sedikit, Digi turut menawarkan pakej Digi Infinite 150 yang membolehkan anda tethering secara unlimited. Anda boleh klik disini untuk maklumat lanjut serta mendaftar pelan terbaru ini.

Sumber