Digi baru-baru ini telah melancarkan 3 pelan pascabayar terbaru. Dikatakan pelan terbaru daripada Digi ini lebih memfokuskan kepada kouta Internet yang lebih besar. Untuk menyesuaikan dengan cara penggunaan pengguna, Digi telah menawarkan Digi Postpaid 50, Digi Postpaid 80 dan Digi Postpaid 110.

digi-new-plans-postpaid-50-80-110-2

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kami mulakan daripada pelan terendah daripada Digi iaitu Digi Postpaid 50. Untuk pengatahuan anda, Digi Postpaid 50 merupakan upgrade daripada Digi Postpaid 48 yang pernah dilacarkan sebelum ini. Dengan yuran komitmen sebanyak RM50, pengguna berpeluang untuk menikmati internet dengan kouta 10 GB (5GB setiap hari + 5GB hujung minggu).

Jika anda mahukan lebih internet mungkin pelan Digi Postpaid 80 dan Digi Postpaid 110 lebih sesuai buat anda. Langganan Digi Postpaid membolehkan anda mendapatkan Internet dengan kouta 20GB (10GB setiap hari + 10GB hujung minggu) manakala Digi Postpaid 110 ditawarkan dengan saiz kouta yang lebih besar iaitu 40GB (20GB setiap hari + 20GB hujung minggu).

digi-new-plans-postpaid-50-80-110-6

Lebih menarik, Digi turut menawarkan panggilan percuma kesemua rangkaian melalui pelan Digi Postpaid 80 dan Digi Postpaid 110. Dengan adanya kouta internet yang besar serta panggilan percuma pada kali ini suatu deal yang hebat. Memang berbaloi-baloi untuk didapatkan.

Selain itu, dengan langganan Digi Postpaid 80 dan Digi Postpaid 110, anda berpeluang untuk menggunakan cloud storage dengan saiz 100GB. Ya, saiz yang sangat besar untuk anda menyimpan segala gambar dan perisian anda melalui aplikasi Digi Capture.

digi-new-plans-postpaid-50-80-110-5

Tidak cukup dengan itu, Digi juga menawarkan langganan iflix selama 60 hari. Buat kaki movie dan series, anda mesti enjoy dengan pelan terbaru daripada Digi ini.

Untuk makluman lanjut mengenai pelan internet Digi, anda boleh layari ke laman web Digi.

Sumber