Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Buat sesiapa yang membesar pada tahun awal 2000 kami yakin sebahagian besar masa kanak-kanak anda pastinya dihiasi dengan siri animasi popular iaitu Digimon. Menerusi musim pertama, Digimon Adventure berjaya menampilkan beberapa watak ikonik seperti Taichi dan Agumon.

Pada tahun hadapan, bersempena dengan ulang tahun ke-20 siri animasi ini, Digimon Adventure bakal hadir dengan sebuah filem khas yang bakal mengubat rindu para peminat Digimon suatu masa dahulu.

Lebih menarik, filem animasi ini turut menampilkan kembali kesemua watak dan digimon daripada siri pertama mereka. Tonton trailer ini sempena menantikan filem Digimon Adventure yang bakal ditayangkan pada tahun 2020.

Anda Mungkin Suka