Kebanyakan mereka yang lahir pada era 90-an pastinya membesar dengan menonton kartun dan anime di NTV7 dan TV3 setiap kali hujung minggu. Antara siri yang menjadi kegilaan ramai pada ketika itu ialah siri Digimon Adventure.

Kini, ada berita gembira untuk peminat setia Digimon di Malaysia! Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna akan muncul di pawagam Malaysia pada tahun 2020. Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna adalah salah satu filem anime yang paling dinanti-nantikan, dan selepas dua dekad diperkenalkan, kini tiba masanya untuk kita kembali ke Dunia Digital sekali lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baru-baru ini, Toei Animation telah mengeluarkan satu trailer rasmi filem Digimon yang berjudul Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna.

Filem terbaru Digimon ini mengumpul semula kru asal Digimon yang pertama dan mengisahkan Taichi dan Agumon dalam pengembaraan terakhir mereka. Digimon Adventure Last Evolution Kizuna akan ditayangkan di Jepun pada Februari 21, 2020 dan berikut adalah poster filem pertama.

Sumber: Wikipedia

Berdasarkan poster ini,  Taichi dan Agumon dilihat sedang memandang antara satu sama lain bersama slogan di poster yang bermaksud “Kami akan sentiasa bersama” dan ”Kami berjalan bersama Digimon, terus ke kanak-kanak yang terpilih”. Peminat fanatik pastinya mengetahui maksud “kanak-kanak terpilih” adalah tagline yang asal di Digimon.

Trailer ini menjadi viral kerana rata-rata netizen terharu apabila watak kegemaran mereka suatu ketika dahulu kini kembali untuk kali yang terakhir setelah hampir 20 tahun berlalu. Lagu tema ‘Butterfly‘ yang diselitkan di dalam trailer tersebut turut membangkitkan nostalgia zaman kanak-kanak kita.

Sumber: Gamer Santai

Buat mereka yang tidak sabar untuk menonton filem ini, jangan risau anda boleh menonton filem Digimon Adventure Tri terlebih dahulu sementara menunggu filem ini keluar. Filem bersiri ini wajib ditonton oleh anda sebelum melihat filem Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna.

Selepas membuat penampilan sulungnya pada 1999, ramai yang kecewa apabila animasi popular ini tamat pada tahun 2000. Disebabkan itu, peminat-peminat pastinya tidak sabar untuk menonton filem tersebut pada tahun hadapan.

Baru-baru ini Walt Disney Studios mengeluarkan trailer rasmi terbaru Mulan yang membuatkan ramai orang tidak sabar menontonya. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Walt Disney Studios Kongsikan Trailer Rasmi Terbaharu Mulan

Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Mendapatkan Digimon Edisi Terbaru

Lihat Steve Trevor Kekal ‘Hidup’ Dalam Trailer Pertama Wonder Women 1984