Dalam satu sidang media, Syamsul Yusof mendedahkan faktor usia, berat badan dan masalah kesihatan menjadi punca nama pelakon Datuk Aaron Aziz digugurkan daripada filem The Original Gangster.

Terbaharu, Aaron Aziz tampil membuka mulut susulan kenyataan Syamsul Yusof yang menggugurkan namanya daripada filem tersebut disebabkan masalah kesihatan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

https://www.tiktok.com/@therealaaronaziz/video/7213662708653247749

Menurutnya, pada awalnya Syamsul memaklumkan kepadanya bahawa tidak banyak adegan berlawan dalam filem tersebut sebelum dia menjalani latihan untuk menjayakan babak.

Tambahnya, ketika Syamsul menawarkan watak tersebut, penggambaran akan bermula sebulan lagi dan untuk dia menurunkan berat seperti dimahukan adalah sukar namun dia tetap mencuba. Akan tetapi, Aaron terkejut apabila mendapat tahu banyak babak berlawan dengan pelakon-pelakon lain dan juga dengan sekumpulan orang.

“Kau tahu tak aku penat macam mana? Setiap hari bakar 100 kalori. Kau bagi gambar nak badan macam ni, aku cakap kalau nak badan begitu kena cucuk bro. Dia kata pergi cucuk.” ujar Aaron.

Malah, Aaron juga meluahkan rasa terkilan kerana diperlakukan seperti sampah apabila dirinya tidak diperlukan dalam filem tersebut dan Syamsul juga enggan berjumpa dengannya serta berasa seperti dianayai.