Sebelum ini, para peminat siri Fantastic Beasts dikejutkan dengan berita pengunduran Johnny Depp daripada siri tersebut. Watak Gellert Grindelwald tidak lagi dibawa Depp dan telah disahkan oleh Depp sendiri melalui satu kenyataan.

Difahamkan, pengunduran Depp daripada siri tersebut selepas beliau tewas dalam kes saman fitnah tabloid The Sun mengenai sebuah artikel yang mendakwa dirinya sebagai kaki pukul. Malah, Depp akan membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu.

fantastic-beasts-4

Gambar hiasan. Sumber: Empire

Akan tetapi, Warner Bros masih perlu membayar penuh gaji Depp bernilai $10 million (~RM41,205,000) walaupun beliau baru merakamkan satu adegan sejak penggambaran bermula pada 20 September di London.

Menurut Warner Bros, kontrak ‘pay or play’ antara Depp dan produksi itu mempunyai terma dimana akan menerima pampasan sepenuhnya sama ada filem itu dibuat atau tidak dan mungkin wataknya diganti. Fantastic Beasts 3 ini dijadual akan menemui penonton pada tahun 2022.

Bagi anda yang terlepas berita Johnny Depp, boleh klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Hari Sedih Untuk Johnny Depp, Tewas Kes Fitnah Dan Dituduh ‘Dera Isteri’

Johnny Depp Akhirnya Dedah Sisi Sebenar Amber Heard

Johnny Depp Dipaksa Keluar Daripada Siri Fantastic Beasts

Anda Mungkin Suka