Sebelum ini tular sebuah video TikTok yang memaparkan pengalaman kurang menyenangkan seorang gadis apabila ada penumpang bas yang dinaikinya terus menerus memarahi anak dengan menggunakan kata-kata kesat.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Perbuatan wanita memarahi anak itu telah didengari oleh kesemua penumpang dalam bas sehinggakan menimbulkan rasa kurang senang. Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan mencetuskan perdebatan.

@amethystnb_

to all marriage couple out there, jangan buat anak if tak ready mental & physical ya. sedih dengar 🥲 anak anak tk berdosa ya

♬ Happier Than Ever – Billie Eilish

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Lantaran video tular itu, seorang pengguna Facebook Shira Ira telah berkongsi situasi sebenar yang dialami oleh wanita tersebut dimana dipercayai mengalami tekanan. Menurutnya, wanita itu telah dihalau oleh ibu mentuanya dan suaminya pula dipenjara disebabkan kes dadah.

Tambahnya, dua kanak-kanak yang dibawanya merupakan anak bersama bekas suami yang terdahulu dan ibu mentuanya sama sekali tidak suka akan anak-anaknya.

Difahamkan, wanita berkenaan telah dibawa ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum diberikan sedikit bantuan yang secara tidak langsung dapat meringankan bebannya.

Kini, wanita tersebut telah mendapat kerja di sebuah kedai makan terletak di Chow Kit, Kuala Lumpur dan terdapat individu yang menjaga anaknya. Mengulas lanjut video viral itu, wanita itu berasa malu dan juga mengatakan sangat sayang terhadap anak-anaknya serta yang berlaku itu disebabkan tekanan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

Tidak Setuju Dengan Kenyataan CEO, Pengguna Kongsi Sebab Mengapa Mereka ‘Malas’ Naik KTM

Menderita Terkena Sihir, Ustaz Kazim Dedah Enam Individu Sudah Bersemuka Dan Meminta Maaf