Selepas mencatat lebih 30 kes positif Coronavirus pada semalam, kerajaan Singapura bertindak mengumumkan Amaran Kedudukan Sistem Tindak Balas Perebakan Penyakit (DORSCON) di negara mereka dinaikkan ke peringkat jingga (Orange).
Menurut infografik yang disediakan Kementerian Kesihatan Singapura, tahap jingga adalah merupakan tahap ketiga berbahaya dengan penyakit yang sedang merebak ketika ini boleh tersebar melalui manusia ke manusia di negara itu.
Pengumuman itu juga dilaporkan dibuat selepas beberapa kes yang dikesan di republik itu baru-baru ini tidak melibatkan mereka yang pernah melawati China.
Perubahan ke peringkat jingga itu sekaligus menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat Kota Singa sejak ia diumumkan semalam.
Manakan tidak, rakyat mereka yang khuatir dengan situasi itu telah menyerbu pasar raya di negara itu bagi mendapatkan bekalan sebelum keadaan bertambah parah.
Melalui perkongsian yang dibuat di media sosial, orang ramai dilihat berpusu-pusu menyerang barang-barang keperluan harian untuk dijadikan bekalan dek kerana risau keadaan akan bertambah teruk.
not sure if everyone’s seen the tuas n bishan ntuc situation but its like the apocalypse here everyone’s stocking up supplies :-) pic.twitter.com/cZ0iqcTEsM
— . (@jiinkoos) February 7, 2020
Selain menggambarkan keadaan itu tidak ubah seperti bakal berlakunya apocalypse, mereka juga memaklumkan barangan keperluan harian seperti makanan dan tisu tandas sudah hampir kehabisan stok.
Panic buying in Singapore. Long check out queue, no more toilet rolls (why toilet rolls?), almost empty shelves of rice and empty shopping trolley bay. Necessary? pic.twitter.com/KHEpWlNe5G
— Joe Phua (@joecsphua) February 7, 2020
DORSCON level in Singapore went up to orange today. People are panic-buying groceries as if we're going to war. Rice, instant noodles, toilet paper, and for some reason pasta sauce and spices are being snatched up. I can't even enter the canned food aisle because it's too crowded pic.twitter.com/YXnG3NOY08
— Ruby Hearts (@RubyNXT) February 7, 2020
Bagaimanapun, untuk mengelakkan keadaan panic buying dalam kalangan rakyat mereka bertambah, pihak kerajaan dan pengurusan pasar raya hari ini tampil memberi penjelasan bahawa bekalan makanan untuk negara itu sebenarnya masih mencukupi untuk mereka semua
Menteri Perdagangan dan Industri, Chan Chun Sing dalam satu kenyataannya di Facebook berpesan agar rakyat mereka tidak panik dengan pengumuman
Malah pihaknya juga berkata kerajaan mempunyai stok simpanan kebangsaan seandainya perkara lebih teruk berlaku.
Risau melihat trend panic buying itu merebak ke hampir seluruh negara, pihak pasar raya FairPrice juga menggesa agar rakyat negara tersebut bertenang dalam menghadapi situasi berkenaan seperti dilaporkan Straits Times.
Bagaimana pula pendapat anda tentang perkara ini jika ia berlaku di negara kita di mana amaran kedua paling berbahaya sudahpun dikeluarkan oleh pihak bertanggungjawab.
Adakah kita juga akan melakukan panic buying seperti rakyat di Singapura ataupun kekal bertenang dan mengikut segala saranan yang diberikan pihak kerajaan?
Walaupun pakar-pakar perubatan seluruh dunia masih berusaha untuk mencari jalan bagi menghapuskan wabak Coronavirus ini, berbeza pula dengan golongan para agamawan di Indonesia yang percaya ia mampu diubati dengan Ruqyah.
Klik pautan di bawah untuk membaca perkongsian kami sebelum ini.
Agamawan Indonesia Percaya Ruqyah Mampu Sembuhkan Pesakit Coronavirus
Dijangkiti Coronavirus Selepas 30 Jam Kelahiran, Bayi Ini Cetus Misteri Dalam Kalangan Saintis
Coronavirus Sukar Dikawal, WHO Keluarkan Amaran Kecemasan Peringkat Antarabangsa