Peminat filem seram klasik pastinya tidak akan terlepas menonton filem The Invisible Man. Untuk pengetahuan anda, filem The Invisible Man ini adalah karya reboot The Invisible Man pada tahun 1993.

Sedikit sinopsis filem The Invisible Man adalah ia sebuah filem mengisahkan tentang seorang wanita, Cecilia (Elisabeth Moss) yang trauma disebabkan sering didera oleh teman lelakinya Adrian (Oliver jackson) sepanjang hubungan mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Disebabkan tidak tahan, Cecilia berjaya melarikan diri dari rumah mewah milik teman lelakinya tetapi dua minggu kemudian, Cecilia menerima berita mengejut bahawa Adrian telah membunuh diri dan segala harta milik teman lelakinya itu menjadi miliknya dengan bantuan guaman adik kepada Adrian.

Akan tetapi, kehidupan Cecilia seperti diperhatikan dan beliau terasa ada sesuatu yang aneh disekelilingnya dan mengesyaki bahawa bekas teman lelakinya masih hidup. Untuk ketahui kisah selanjutnya, anda kena tonton sendiri di pawagam.

Kami akan kongsikan beberapa sebab utama anda harus tonton filem ini di pawagam. Jangan risau, tiada sebarang spoiler akan dicampakkan dalam penulisan ini.

1. Jalan cerita

1*_r-8oTflzayufbYi3HtXdQ
Sumber: Comicbook

Boleh dikatakan filem ini agak ‘slow’ tetapi filem ini menjadi lebih menarik setelah ‘kematian’ Adrian dimana hidup Cecilia diganggu dan diperhatikan oleh sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Akan tetapi, pihak polis dan juga orang disekeliling Cecilia tidak mempercayainya. Adakah Cecilia dapat menyelamatkan diri dan membuktikan bahawa apa yang dirasa adalah benar atau sebaliknya?

2. Penuh plot ‘twist’

Seperti yang kami katakan pada awal penceritaan memang sedikit lambat namun setiap adegan berjaya diselitkan unsur tegang dan penuh kejutan. Jika anda sudah berasa terkejut pada babak permulaan, anda akan lebih terkejut dengan adegan lain selepas itu kerana terdapat banyak plot twist yang akan buat anda mind blown.

3. Elisabeth Moss

the-invisible-man-reboot-remake-elisabeth-moss-2020-1205652-1280×0
Sumber: Screenrant

Kita dapat lihat yang flow pengenalan setiap watak digarap dengan baik. Watak Cecilia yang dibawa oleh Elisabeth Moss adalah satu watak yang strong dan berjaya menarik perhatian kami.

Mana tidaknya, perasaan tertekan dan takut yang dialami oleh Cecilia berjaya digambarkan dengan baik dan anda akan dapat lihat keadaan seseorang yang terjebak dengan hubungan tidak sihat bertahun-tahun dalam filem ini.

4. Kesan bunyi yang mendebarkan

Jujur kami katakan bahawa kesan bunyi dalam The Invisible Man menjadi antara kekuatan filem ini yang bergenre seram psikologi. Anda akan dapat mendengar kesan bunyi tipikal filem seram di sepanjang filem dan menambahkan elemen jahat walaupun kemurungan. Pasti ia kedengaran tidak selesa untuk sesetengah orang.

Anda yang inginkan menonton filem yang lain dari lain, anda boleh pertimbangkan untuk menonton filem ini. Bukan sahaja anda akan berasa seram tetapi anda juga akan banyak berfikir dan tertanya-tanya sama ada ianya benar atau cuma khayalan.

Akhir kata, pengakhiran filem ini akan menjawab segala persoalan anda dan anda akan berpuas hati dengan pengakhiran filem ini. Kami memberikan rating 7.5/10 bintang untuk filem The Invisible Man ini. Anda yang belum menonton filem ini, bolehlah ke pawagam terdekat untuk menontonnya.

Sementara itu, kami senaraikan beberapa filem yang akan ditayangkan pada tahun ini. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Selepas 4 Tahun, Filem Sekuel Train To Busan Sah Akan Ditayangkan Tahun Ini

Tayangan Black Widow Dan Fast & Furious 9 Tidak Akan Ditunda Kerana Coronavirus

Tonton Trailer Rasmi The Hunt Yang Penuh Debaran Dan ‘Plot Twist’