Tidur dengan bantal busuk dan selimut kegemaran mungkin adalah salah satu perkara yang membuatkan kita berasa lebih selesa dan tidur dengan nyenyak ketika dilamun mimpi di waktu malam.

Terutamanya bagi mereka yang bujang, selimut dan bantal adalah teman setia mereka setiap malam!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun begitu, kisah ‘menyayat hati’ lelaki ini yang terpaksa berpisah dengan selimut kegemarannya selepas hampir sedekad bersama pasti mencuit hati sesiapapun yang membacanya.

Bercerita kepada Harian Metro, Ketua Pramugara Malaysian Airlines Berhad, Kamarulzaman Abd Karim berkongsi kisah lucu tersebut di mana kru pesawat menemui sebuah bungkusan yang ditinggalkan salah seorang penumpang mereka.

Bungkusan tersebut ditemui ketika dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah dari Kuala Lumpur dan mengandungi sehelai selimut dan sekeping nota permohonan maaf daripada penumpang tersebut.

“Maaf … Saya kurang arif dulu. Saya ambil selimut ini. Sekitar 2011 tak silap. Hari ini, saya pulangkan. Minta maaf dan minta halal selama saya guna ya. Apapun, ini selimut kegemaran saya. Minta maaf sekali lagi MAS.”

Menurut Kamarulzaman, selimut tersebut sebelum ini memang disediakan untuk penumpang menggunakannya di dalam kabin dan akan dicuci untuk digunakan semula dalam penerbangan yang lain.

“Namun, segelintir penumpang mengambilnya mungkin kerana merasakan ia adalah cenderahati dan saya rasa ia berlaku di pesawat lain juga,”katanya.

Kamarulzaman yang sudah berkhidmat dengan MAS sejak 25 tahun lalu bagaimanapun terharu dengan tindakan penumpang misteri yang memulangkan kembali selimut tersebut selepas hampir sedekad.

Walaupun sudah hampir sedekad, tetapi tindakan jujur dan pengorbanan penumpang misteri ini berpisah dengan ‘selimut kegemarannya’ harus dipuji.

Baca bagaimana lelaki ini mendedahkan keretanya berjaya dicuri dalam masa kurang 30 minit walaupun diletakkan di kawasan tempat letak kereta yang mempunyai pengawal di sebuah mall. Klik pautan di bawah untuk baca.

Parking Di ‘Mall’ Belum Tentu Selamat, Lelaki Ini Kongsi Kisah Honda CRV Dicuri Kurang 30 Minit

Selepas Facebook, Tony Fernandes Pilih Untuk Tinggalkan Platform Twitter

Perkampungan Di Austria Ini Bakal Hadkan Pengunjung Selepas Dibanjiri Peminat Frozen

Sumber