Niat lelaki ini untuk kaut keuntungan dengan penjualan sanitizer pada harga lebih tinggi tidak kesampaian apabila beliau mendermakan sebahagian daripada 17,700 botol sanitizer yang dibelinya selepas pihak berkuasa bakal membuka siasatan terhadap beliau kerana pencatutan harga.

Matt Colvin merupakan seorang penjual di laman Amazon yang berasal dari Tennessee, Amerika Syarikat. Sebelum panik coronavirus bermula di Amerika Syarikat, Matt dan abangnya, Noah memborong habis kesemua sanitizer di farmasi, pasaraya dan kedai runcit untuk menyimpan stok supaya beliau dapat menjualnya pada harga lebih tinggi dalam talian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Matt dilaporkan menjual kembali harga barangan mereka setinggi USD70 (~RM305) di eBay. Walaupun dengan harga tinggi, mereka tetap berjaya menjual sekitar 300 botol hand sanitizer.

Namun, beliau berdepan masalah apabila laman Amazon dan eBay kemudiannya mengenakan sekatan untuk sebarang jualan sanitzer dan face mask pada harga mengarut dan lebih tinggi. Jadi, Matt berdepan stok 17,700 sanitizer di stor rumahnya tanpa ada medium untuk menjual stoknya.

Kisah beliau kemudiannya mendapat perhatian New York Times yang kemudiannya menulis artikel khas untuk beliau pada 14 Mac 2020 yang lalu. Ketika artikel berkenaan keluar, Matt menerima kecaman ramai terutamanya daripada penduduk setempat yang menuduh beliau seorang yang selfish dan opportunist kerana mengambil kesempatan di kala keadaan krisis ini.

Beliau bagaimanapun berasa ‘kesal’ terhadap tindakannya yang membeli habis kesemua stok sanitizer dan tidak sedar betapa bahayanya coronavirus ini. “Saya sudah menjalankan bisnes ini lebih 10 tahun. Mesti akan ada barangan yang ‘panas’ setiap masa. Biasanya apabila saya membelinya, produk berkenaan akan muncul semula di rak kedai. Tetapi tidak bagi produk sanitizer ini,” kata Matt.

https://twitter.com/BrendonIrwan/status/1239120632731684866

Beliau turut menerima kecaman daripada pelbagai pihak menerusi telefon pintarnya dan ruangan mesej di sosial media. Beliau turut menerima ugutan bunuh terhadap beliau dan keluarganya.

Kini Matt berdepan satu lagi masalah apabila beliau berdepan siasatan polis kerana kes pencatutan harga. Pihak berkuasa Tennessee memandang serius tersebut kerana perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku dan semua berhak membeli produk kesihatan pada harga pasaran, bukannya resell.

Ini beberapa artikel lain berkaitan coronavirus. Baca lagi pada pautan di bawah.

Ini Jawapan Tenang Doktor Selepas Diperli Lebih Takutkan COVID-19 Berbanding Allah

Rakyat Belanda Panik, Beratur Beli Bekalan Ganja Selepas Kerajaan Isytihar ‘Lockdown’

Jangan Panik, Ini Penjelasan Kenapa Belum Tiba Masa Untuk #MalaysiaLockdown

Sumber