Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Burger King telah memperkenalkan dua menu baharu iaitu Chocolate Melt Beefacon dan Chocolate Melt Chick’N Crisp pada Jumaat yang lalu. Bagi peminat Burger King dan coklat, ini pastinya menu yang anda tidak mahu terlepas untuk dicuba.

Dua burger pilihan ramai Beefacon dan Chick’N Crisp dihidangkan bersama cairan coklat yang akan membuatkan anda seperti makan waffle. Difahamkan, burger edisi terhad ini sudah mula terjual di kesemua cawangan Burger King di Malaysia.

This burger is unlike any other! 100% Flame-Grilled Beef patties or Crispy Chicken patties topped with decadent…

Posted by Burger King Malaysia on Friday, July 2, 2021

Menjengah ke sosial media, rata-rata netizen yang sudah mencubanya memberikan reaksi positif dan mengatakan gabungan rasa burger dan cairan coklat ini tidak muak.

Malah, ramai yang mengesyorkan agar penggemar coklat akan mencuba menu istimewa ini. Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan bahawa menu ini sedap walaupun pada mulanya berasa pelik.

Malah, ramai juga yang sepertinya tidak sabar mahu mencuba menu ini. Tunggu apa lagi? Dapatkan segera dua menu istimewa ini kerana ia tersedia dalam tempoh terhad sahaja.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan Burger King pada pautan di bawah ini.

Terima Sambutan Hangat Sehingga ‘Sold Out’, Burger King Kembalikan Hershey’s Sundae Pie

Burger King Perkenalkan Menu ‘Mozarella King’ Khas Buat Penggemar Keju Mulai Hari Ini

Anda Mungkin Suka