Sehari dua ini helikopter telah menjadi topik bualan orang ramai bukan sahaja di Malaysia, bahkan kenderaan udara tersebut turut menjadi berita sensasi di seluruh dunia.

Terbaharu, bintang bola sepak pasukan Paris Saint-Germain, Neymar Jr telah berkongsi satu gambar di mana beliau sedang duduk di hadapan sebuah helikopter yang diletakkan pada laman rumah mewahnya di Rio de Janeiro.

Dalam masa kurang 24 jam, hantaran tersebut telah mendapat lebih 5 juta likes dari pengikut Instagram serta komen-komen dari sahabat beliau yang hanya mempunyai tanda bluetick dari Instagram.

Menurut sebuah portal sukan As.com, Neymar telah membelanjakan kira-kira €13 juta (RM64 juta) untuk memiliki helikopter model Airbus Mercedes H-145 berwarna hitam dan mempunyai huruf ‘njr’ (ringkasan kepada Neymar Jr) pada ekor helikopter tersebut.

Tambah portal sukan tersebut, Neymar memilih warna hitam sepenuhnya hasil inspirasi dari salah satu adiwira kegemarannya yang berasal dari bandar Gotham iaitu Batman.

Pada tahun 2019, Neymar telah dirakam menggunakan helikopter tersebut untuk pergi ke tapak latihan sempena Copa América bersama-sama rakan sepasukan yang lain, Thiago Silva dan Dani Alves.

Difahamkan helikopter tersebut boleh memuatkan 10 orang penumpang pada satu-satu masa. Ia direka khas untuk kegunaan orang awam dan perkhidmatan perubatan serta aktiviti menyelamat.

Sementara di Malaysia pula, sebuah helikopter hanya digunakan untuk mengambil 36 bungkus ‘nasi ganja’. Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut.

Tidak Guna Jalan Darat, Pembeli Hantar Helikopter Ambil 36 Bungkus ‘Nasi Ganja’ Di Ipoh

RM30,000 Sehala Orang Kelantan Paling Ramai Sewa Helikopter Balik Raya

Sumber