Nama Sofyank memang tidak asing lagi di kalangan pengguna media sosial sebagai pencipta konten video tempatan yang berbakat sehingga berjaya berkolaborasi dengan beberapa nama besar industri hiburan dunia seperti Zach King, John Cena dan Will Smith.

Terbaharu, Sofyank telah berkerjasama dengan bintang filem ‘Prebet Sapu’, lakonan Amerul Affendi untuk menjayakan satu video yang mempunyai unsur-unsur magik daripada filem Marvel terkenal, Doctor Strange.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Video berdurasi 1 minit ini sarat dengan aksi-aksi ‘buah magik’ digayakan oleh Sofyank dan Amerul Affendi yang dipopularkan oleh Doctor Strange. Paling epik sekali apabila aksi Doctor Strange ‘mengeluarkan roh’ Peter Parker yang dilakonkan oleh Tom Holland turut digunakan dalam video ini.

Menurut Sofyank, video ini dibuat bersempena penyertaan beliau dalam satu pertandingan konten video Yaris Dare To Challenge yang dianjur oleh Toyota bagi mempromosikan model Yaris baharu.

Tambah beliau lagi, andaikata beliau memenangi pertandingan tersebut, setiap pengundi juga berpeluang untuk mendapat hadiah sagu hati daripada pihak Toyota.

Jika anda mahu menyumbangkan undian untuk video kreatif ini, anda boleh mula mengundi sekarang dengan klik pautan ini.

*Ikuti perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara melalui laman Facebook terbaharu kami, Vocket Car Club.

Sementara itu, anda boleh lihat video-video yang pernah dihasilkan oleh Sofyank bersama nama besar industri hiburan antarabangsa melalui pautan di bawah.

Tonton John Cena Berbahasa Melayu Dalam Video Terbaharu Sofyank

Selepas Zach King, Sofyank96 Bakal Berkolaborasi Pula Dengan Will Smith?

Tidak Lagi Terpegun, Zach King Anggap Sofyank96 Pengkarya Yang Hebat Dan ‘Fun’

 

Sumber