Sebuah filem yang berinspirasikan daripada kisah perjuangan dan diubah mengikut kesesuaian, filem Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan akan menemui para penonton tidak lama lagi.

Trailer rasmi filem Mat Kilau baru sahaja dikongsi semalam. Menerusi trailer tersebut, dapat dilihat banyak adegan yang mengetengahkan budaya dan juga situasi yang berlaku ketika zaman penjajahan.

Mat Kilau merupakan pejuang Melayu yang menentang pentadbiran British di Pahang dan penonton akan disajikan dengan adegan-adegan penuh aksi yang menonjolkan pahlawan Melayu satu ketika dahulu.

Perkongsian trailer rasmi filem Mat Kilau semalam telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen sudah tidak sabar mahu menonton filem ini apabila ia ditayangkan di pawagam.

Bukan itu sahaja, para netizen juga mengatakan ‘meremang’ melihat trailer dan pastinya filem ini sesuatu berbeza kerana ia berinspirasi daripada sejarah serta tokoh perjuangan yang cukup disegani ramai.

Filem Mat Kilau merupakah sebuah filem arahan Syamsul Yusof terbitan Kembara Studio dengan kerjasama Skop Productions dan akan ditayangkan secara rasmi di pawagam tempatan pada 23 Jun 2022.

Sementara itu, filem KKN Desa Penari yang berdasarkan kisah benar telah menjadi bualan ramai. Klik pautan di bawah untuk ketahui lokasi mistik desa tersebut.

Berdasarkan Kisah Benar, Lelaki Ini Dakwa Temui Lokasi Sebenar Filem KKN Desa Penari

Video ‘Tour’ Ke Rumah Sebenar Pengabdi Setan Di Indonesia Buat Netizen Seram Sejuk