Setiap orang pastinya sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk memiliki kulit wajah yang menawan dan kacak. Untuk tujuan itu, operasi pembedahan plastik salah satunya cara mudah untuk mengubah wajah yang sedia ada menjadi lebih menawan dan kacak.

Situasi sebegini juga berlaku di Hanoi, Vietnam di mana seorang lelaki bernama Do Quyen, 26 tahun, dikhabarkan terpaksa menjalani sembilan prosedur pembedahan plastik gara-gara wajahnya yang sebelum ini dijadikan bahan jenaka semasa temuduga kerja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Memetik laporan Odditycentral, wajah Do Quyen ini yang sebelum ini tidak kacak dan dia telah ditertawakan oleh penemu duga setiap kali di menghadiri temu duga kerja. Gara-gara sering dipermalukan dan wajahnya sering dijadikan bahan jenaka, Do Quyen kemudiannya mengabil keputusan untuk mengubah rupa parasnya.

@fb_quyen_do

Trả lời @halfelf2309 #howichange lúc trc Ngoại xấu thg bị chê bai thay đổi đê mình hoan hảo hơn ạ #Thaydoi #daythithanhcongkhongnhi

♬ feeling – Official Sound Studio

“Gara-gara wajah saya sebelum ini, saya sukar mendapatkan pekerjaan dan sering diejek setiap kali saya memohon kerja. Selama ini saya hanya bersabar setiap kali berdepan dengan masyarakat yang menjadikan wajah saya sebagai bahan lawak”. ulas beliau.

“Tanpa berfikir panjang, saya rasa pembedahan plastik adalah jalan penyelesaiannya dan saya telah membelanjakan sebanyak $17,400 (~RM70,500) untuk operasi bedah muka ini,” katanya kepada para peminatnya di TikTok.

@fb_quyen_do

ai rồi cũng khác #lotxac #lotxacthanhcong

♬ –

Difahamkan, Do Quyen datang dari keluarga yang kurang berkemampuan dan wang bagi operasi tersebut merupakan hasil simpanannya. Ternyata penampilan terbaharu Do Quyen itu telah memberikan satu kejutan kepada kenalan rapat serta ahli keluarganya.

Setelah berhasil transformasikan dirinya persis ‘oppa’ Korea, akhirnya Do Quyen berjaya memiliki pekerjaan yang tetap sebagai jurusolek di Saigon. Semoga kisah ini menjadi iktibar kepada kita semua supaya hentikan face shaming atau body shaming terhadap kekurangan orang lain.

Baca lagi perkongsian daripada kami mengenai Safiey Illias yang pernah berbelanja RM2 juta untuk rawatan kosmetik menerusi pautan di bawah.

Pernah Belanja Sehingga RM2 Juta Untuk Rawatan Kosmetik, Safiey Illias Nasihat Jangan Ikut Jejak Langkahnya

Remaja Ini Belanjakan Lebih RM100,000 Untuk Kelihatan Seperti David Beckham

Sumber