Gara-gara dianayai menjadi keldai dadah ketika lawatan ke negara asing pada 2007, anggota kumpulan Fotograf, Ringgo telah dipenjarakan selama tiga tahun di Venezuela.

Selepas menjalani hukuman penjara selama tiga tahun, beliau kemudiannya terpaksa pula menjalani tahanan parol di negara itu selama lima tahun sebelum dibenarkan pulang ke Malaysia.

Realme-7-Pro-Sun-Kissed-SpecIal-Edition
HYPE
Serba Lengkap, Unik Dengan Vegan Micrograin Leather, Ini 5 Sebab realme 7 Pro Special Edition Berbaloi Untuk Dimiliki
Baca lagi →
ezgif-2-899e1f4c9cff

Ringgo Fotograf atau nama sebenarnya Sham Ahmad

Kini selepas kembali ke tanah air tercinta, Ringgo pada hujung minggu lalu bercerita mengenai episod pahit dalam kehidupannya itu melalu satu temu bual eksklusif yang terbit di Utusan Malaysia.

Dalam temu bual tersebut, Ringgo bukan saja menceritakan tentang penangkapannya pada 2007 itu, malah turut menceritakan kehidupan sehariannya dalam El-Rodeo II, salah satu penjara terkenal di Venezuela.

Menceritakan kehidupannya di El Rodeo itu, Ringgo berkata dia disana dijaga oleh banduan yang dikenali dengan gelaran Luzero yang boleh dikatakan berfungsi sebagai pengawal mereka.

Luzero ini menurut Ringgo telah dilantik oleh ketua-ketua mafia yang ada di sana dan bilangan mereka mencecah sehingga 20 orang.

Bukan saja akan menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi, tetapi Luzero ini juga akan bergotong royong bersama banduan dan meminta bayaran untuk mencantikkan sel yang dihuni mereka.

Kenapa mencantikkan sel? Ia bagi menunjukkan kepada pelawat yang datang tiga kali seminggu untuk melawat mereka bukanlah banduan yang tinggal dalam keadaan tidak terurus dan menyedihkan.

Daging kuda pun saya makan

Ditempatkan di bangunan kategori biasa yang tidak terlalu jahat dan ganas berbanding bangunan lain, Ringgo bagaimanapun mengakui makan dan minum di penjara itu sangat menyeksakan buat dirinya.

Hanya memakan sardin yang dibekalkan pihak kedutaan, Ringgo menjelaskan dia juga kerap berpuasa jika dihidangkan daging babi sebagai hidangan pada hari tersebut.

“Saya hanya makan sardin yang dibekalkan pihak kedutaan, tapi bila habis saya terpaksa ambil langkah darurat.

“Daging kuda pun saya makan, namun kalau menunya daging babi saya akan berpuasa. Sarapan pula hanya roti dan telur,” kongsinya.

Walaupun terpaksa menempuhi melalui detik penuh kesusahan di sana namun Ringgo menjelaskan dia amat dihormati di sana kerana keupayaan seni yang dimilikinya.

Malah dia juga berkongsikan turut mempunyai nama gelaran yang tersendiri iaitu El Chino yang bermaksud orang Cina kerana bagi masyarakat di sana orang Asia itu adalah orang Cina.

Bagaimana tertangkap?

Dalam kejadian yang berlaku lebih 10 tahun lepas itu, Ringgo menjelaskan dia pada mulanya ditahan ketika mendaftar masuk ke lapangan terbang Venezuela untuk kembali ke Sepanyol.

Beliau sebelum itu bersama beberapa lagi orang anak seni telah berada di Sepanyol sebelum memasuki Venezuela untuk meneruskan lawatan mereka.

Bagaimanapun dalam perjalan mereka kembali ke Sepanyol dari Venezuela sebelum pulang ke tanah air, dia telah dianyai oleh seorang kenalan di sana selepas diminta membawa sebuah beg.

“Ketika mendaftar masuk di lapangan terbang Venezuela untuk menuju ke Sepanyol, saya ditahan anggota keselamatan di sana. Mereka ini unit khas narkotik Venezuela.

“Beg saya diperiksa, lalu terjumpalah kokain seberat hampir satu kilogram yang disorokkan di bahagian bawah pelapik beg.

“Saya amat terkejut kerana tidak tahu menahu tentang kokain tersebut, apatah lagi tujuan saya ke Venezuela selama seminggu adalah semata-mata untuk melancong,” ceritanya.

Bermula daripada penangkapan tersebut, Ringgo kemudiannya memberitahu dia kemudiannya dibawa ke lokap polis dan ditahan selama dua bulan sebelum dipindahkan secara kekal ke El-Rodeo 2 yang menjadi tempat tahanannya selama tiga tahun di sana.

Baca juga penjelasan Mus May sebelum ini yang menceritakan kenapa beliau masih boleh menyertai pertandingan realiti walaupun dipandang sesetengah pihak sebagai legenda di pautan di bawah.

‘Kalau Boleh Beri Saya RM10K Sebulan Saya Duduk Rumah’-Mus May

Diusik Netizen Di Media Sosial, Zizan Harap Orang Ramai Juga Faham Perasaan Pelawak

Anda Mungkin Suka