Coronavirus telah merebak dengan sangat pantas ke seluruh dunia dan hampir 27,000 orang dilaporkan telah dijangkiti dengan wabak ini.

Wabak itu mula-mula dilaporkan pada 31 Disember, tetapi tidak ada kanak-kanak yang berusia di bawah 15 tahun telah didiagnosis dengan wabak ini. Satu kajian di New England Journal of Medicine mengatakan pada masa ini ‘kanak-kanak mungkin kurang dijangkiti atau jika dijangkiti, mungkin menunjukkan simptom yang lebih ‘ringan’ berbanding orang dewasa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Doktor telah mencatatkan beberapa kes di kalangan kanak-kanak : seorang gadis berusia 9 bulan di Beijing, kanak-kanak di Jerman yang ayahnya dijangkiti dengan virus pertama dan seorang kanak-kanak di Shenzhen, China, yang dijangkiti tetapi tidak menunjukkan gejala.

Terbaharu, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Global Times, pesakit paling muda yang diuji positif dengan wabak ini adalah seorang bayi yang baru dilahirkan selepas 30 jam.

Menurut laman berita tempatan, XinhuaNet menyatakan bayi itu dilahirkan pada 2 Februari lalu di sebuah hospital di Wuhan, China oleh ibunya yang juga didiagnos dengan wabak yang sama.

Bayi ini dilaporkan mendapat perhatian ketat oleh pihak hospital dan dilahirkan dengan berat lebih dari 7 paun.

Menurut CCTV pula, bayi tersebut dilaporkan tidak menunjukkan apa-apa simptom – demam atau batuk. Tetapi laporan kesihatan menunjukkan bahawa bayi ini mempunyai jangkitan wabak coronavirus.

“Dari semua yang kita lihat, dan atas alasan yang tidak jelas kepada kita, nampaknya kesan besar ditunjukkan oleh orang dewasa,” kata Richard Martinello, seorang profesor penyakit berjangkit di Yale School of Medicine, kepada Business Insider.

Bilangan kes yang rendah di kalangan kanak-kanak adalah perkara yang baik, menurut pakar kesihatan, kerana kanak-kanak cenderung untuk mencuci tangan mereka, menutup mulut mereka, dan menahan diri dari menyentuh orang lain – tingkah laku yang boleh menyebarkan kuman.

Terdahulu, Reuters memberitahu orang ramai bahawa kerajaan China telah memberi amaran bahawa coronavirus boleh merebak melalui wanita hamil yang dijangkiti coronavirus kepada anaknya.

Sehingga hari ini, lebih daripada 27,000 orang dijangkiti wabak ini dengan sekurang-kurangnya hampir 561 kematian telah direkodkan di seluruh dunia.

Untuk bacaan lanjut mengenai coronavirus, klik pautan di bawah.

Bimbang Penularan Wabak Coronavirus, Kucing Dan Anjing Peliharaan Mati ‘Dicampak Keluar Dari Tingkat Atas’

Coronavirus Sukar Dikawal, WHO Keluarkan Amaran Kecemasan Peringkat Antarabangsa

Lukisan Kartun ‘Bendera Coronavirus’ Cetuskan Kemarahan China