Seorang wanita hamil dari Singapura yang dijangkiti dengan wabak COVID-19 pada bulan Mac lalu berjaya melahirkan seorang bayi dengan antibodi yang melawan wabak tersebut.

Ini memberikan petunjuk baru mengenai persoalan yang timbul adakah wabak COVID-19 boleh diturunkan dari ibu ke anak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Straits Times melaporkan bahawa bayi yang dilahirkan pada bulan November itu lahir tanpa wabak COVID-19, tetapi mempunyai antibodi virus terbabit.

“Doktor mengesyaki saya telah memindahkan antibodi COVID-19 kepada anak semasa kehamilan saya,” kata Celine Ng-Chan kepada akhbar Straits Times.

Ng-Chan yang hamil dilaporkan dijangkiti wabak COVID-19 ketika dia bercuti di luar negara dan keluar dari hospital setelah dirawat selama dua minggu, kata Straits Times.

“Kehamilan dan kelahiran [anak] saya berjalan lancar walaupun didiagnosis dengan COVID-19 pada trimester pertama saya, yang merupakan tahap kehamilan yang paling tidak stabil,” kata Ng-Chan .

Bagi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mereka belum menemui jawapan adakah seorang wanita hamil dengan COVID-19 mampu menyebarkan wabak itu ke anaknya semasa mengandung atau melahirkan.

Menurut sebuah artikel yang diterbitkan pada bulan Oktober dalam jurnal Emerging Infectious Diseases, para doktor di China telah melaporkan pengesanan dan pengurangan antibodi COVID-19 dari masa ke masa pada bayi yang dilahirkan oleh ibu dengan wabak COVID-19.

Sementara itu, doktor dari Pusat Perubatan New York-Presbyterian/Columbia University Irving melaporkan pada bulan Oktober di JAMA Pediatrics bahawa penularan wabak COVID-19 dari ibu ke bayi jarang berlaku.

Terdahulu, penyelidik di Singapura berjaya menghasilkan ‘test kit’ COVID-19 sepantas seminit. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Sepantas Seminit, Penyelidik Singapura Hasilkan ‘Test Kit’ COVID-19 Dengan Hembus Nafas Sahaja

Demi Rezeki Untuk Anak Dan Keluarga, Rakyat Malaysia Jadi Gelandangan Di Singapura

COVID-19 Di Malaysia Dijangka Berakhir Awal Mei Menurut Kajian Universiti Dari Singapura