Sejak akhir-akhir ini, orang ramai dihebohkan dengan skim penipuan pekerjaan di negara luar yang menjanjikan gaji yang lumayan. Penipuan yang dilakukan sekaligus membuatkan para mangsa terkandas di beberapa negara seperti Kemboja, Laos dan juga Myanmar.

Lebih mengerikan, para mangsa bukan sahaja kehilangan wang ringgit berikutan terpedaya dengan penipuan yang dilakukan, malah dilaporkan sindiket ini turut mendesak mangsa termasuk wanita beragama Islam untuk menjadi pelacur dan memakan daging babi.

Baca Juga:

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Claudia Soraya

Sekiranya prestasi mereka sebagai pelacur tidak seperti yang diinginkan, mangsa-mangsa ini turut diseksa seperti direnjat dengan elektrik. Selain itu, terdapat mangsa yang terpaksa akur apabila organ mereka diambil untuk dijual manakala mayat mangsa sekadar dibiar begitu sahaja.

Difahamkan kisah ini telah diterima oleh salah seorang mangsa iaitu seorang wanita berusia 30-an bernama Elyn yang berkongsi ‘kisah gelap’ kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim.

Elyn mendakwa ketika menjadi mangsa penipuan empat bulan lalu, dia telah ditempatkan bersama beberapa mangsa wanita yang lain sebelum dipaksa berpakaian seksi dan tidur dengan ramai lelaki.

Dimaklumkan sindiket ini tidak sahaja berlaku kepada para wanita malah terdapat seorang lelaki dari Dubai turut menjadi mangsa selepas terpedaya dengan tawaran kerja yang ‘menjanjikan’ gaji lumayan ini.

Lelaki ini dikatakan telah dikurung sebelum dibawa pihak sindiket ke Laos dan dipaksa bekerja sebagai scammer. Sementara itu, terdapat juga mangsa yang memaklumkan terselamat daripada diperdaya dengan tawaran kerja yang menjanjikan gaji sekitar $1,100 (RM4,991) untuk bekerja dengan aplikasi pelaburan forex.

Beliau memaklumkan segalanya berubah apabila dibawa ke sempadan Vietnam di mana beliau dipaksa bekerja sebagai scammer serta turut diseksa dan dipukul membuatkan tiga jarinya hampir putus, hidung berdarah, mata lebam dan juga kepala menjadi bengkak sehingga sukar untuk tidur.

Sumber