Selepas Will Smith dan Ryan Reynolds, anak muda berbakat Sofyank terbang pula ke Australia untuk merakam konten bersama dua bintang filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania iaitu Paul Ruud (Ant-Man) dan Jonathan Majors (Kang The Conqueror).

Mereka berada di sana untuk rangka promosi filem tersebut yang bakal berada di pawagam 17 Februari ini. Sofyank sebelum ini menyatakan rasa terujanya yang tidak sabar untuk bertemu dua bintang tersebut di sana.

Baca Juga:

Rata-rata peminat berasa bangga dengan pencapaian Sofyank yang sangat dikenali dengan ‘video magiknya’ sebelum ini. Ternyata menjadikan Zach King sebagai idolanya tidak sia-sia kerana Sofyank kini dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa sebagai antara content creator Visual Effects (VFX) terbaik di Malaysia.

Rata-rata peminat juga seronok melihat Sofyank disambut baik oleh Ant-Man dan Kang di sana. Lebih-lebih lagi Paul Ruud (Ant-Man) yang di luar filem sekalipun memang seorang yang suka bergurau.

Ketika ditanya oleh netizen sama ada Pian perlu membayar untuk bertemu dua bintang ini, Pain menjawab sesi rakaman ini hanya boleh dibuat jika mendapat jemputan daripada Disnye sahaja.

“Alhamdulillah saya dijemput oleh pihak Disney untuk rakam content magic dengan mereka. Tiada bayaran yang perlu saya keluarkan untuk rakam,” terang Sofyank.

Begitu juga ramai yang berasa cemburu kerana Sofyank dapat bertemu bintang kegemaran mereka secara dekat. Magik apa yang Sokyank bakal hasilkan bersama Ant-Man dan Kang ini? Sama-sama kita nantikan.