Penggunaan dron di kalangan orang awam bukanlah sesuatu yang asing pada masa kini. Selain digunakan ketika beriadah, dron juga digunakan oleh videografer untuk membantu mereka merakamkan sesuatu pemandangan atau situasi pada altitud yang tinggi.

Bagaimanapun saiz dron berkamera yang ada di pasaran ketika ini dilihat kurang praktikal untuk dibawa ke sana sini terutama bagi mereka yang suka mengembara kerana saiznya yang agak besar.

Sebuah syarikat yang berpangkalan di San Francisco, AeriCam, telah memulakan kempen pengumpulan dana di halaman Kickstarter bagi membolehkan sesiapa yang berminat untuk memiliki dron bersaiz poket dengan harga yang berpatutan ($195).

Dron yang diberi nama Anura ini boleh diterbangkan setinggi 27 meter dan hanya memerlukan telefon pintar iOS atau Android untuk bertindak sebagai alat kawalan jauh. Sebarang visual yang dirakam akan distrim secara terus ke telefon pintar berkenaan. Anura juga mampu terbang selama 15 minit dengan hanya sekali cas.

Ini merupakan kempen kedua syarikat AeriCam di Kickstarter setelah mereka berjaya dengan AeriCam Hollywood pada bulan April yang lepas.

http://youtu.be/FzXLAWKiKQg

Sumber: Kickstarter

Like page The Vocket di Facebook