Jika di Malaysia, pemandu baru yang lulus ujian memandu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan diberikan lesen P dan tempoh sah laku adalah 2 tahun. Bukan itu sahaja, pelekat P juga perlu diletakkan di kenderaan sepanjang tempoh percubaan.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Takeshi Kaneshiro memuat naik tangkap layar yang memaparkan penjualan pelekat P dengan logo JPJ di laman Taobao. Menerusi perkongsian ttersebut, dapat dilihat pelekat P itu dijual dengan harga USD4.49 (RM18.77) sekeping.

Untuk pengetahuan anda, di Jepun juga mempunyai pelekat P tetapi berwarna hijau kuning yang digelar wakaba atau shoshinsha yang bermaksud pemandu masih dalam tempoh percubaan.

Besar kemungkinan, pembelinya tersalah anggap dengan pelekat JDM (Model Domestik Jepun) seperti yang diiklankan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur dan juga terkejut kerana pelekat P JPJ jadi buruan di luar negara.

Sementara itu, kami kongsikan barangan yang jadi ‘rebutan’ di Shopee pada pautan di bawah ini.

Jual Lukisan Berharga 50 Sen Di Shopee, Hasilnya Buat Netizen Terhibur

Dapat Sambutan Hangat, Pelitup Muka Neelofa Dan PU Riz Habis Terjual Dalam Masa 3 Jam

Tiket Penerbangan ‘Tanpa Destinasi’ Bernilai RM11,345 Habis Terjual Dalam Tempoh 10 Minit