Sejak mula wabak COVID-19 melanda Malaysia, dapat dilihat pelbagai sektor serta sejumlah besar individu terkesan dengan kehadiran pandemik ini. Orang ramai juga dinasihatkan untuk berjimat serta mengurangkan perbelanjaan sebagai usaha untuk meneruskan hidup.

Namun lain ceritanya mengenai sektor hartanah di Desa Park City, Kuala Lumpur dimana ribuan pembeli sanggup beratur seawal 6 pagi dalam usaha mendapatkan kondominium berstatus pegangan bebas ini.

120036558_10223972861087681_3153183435485970884_o (1)
Sumber: facebook nick tan

Lebih mengejutkan, hartanah yang ditawarkan bukanlah berada dalam kategori mampu milik dimana Park Place @ Desa Park City hadir dengan harga sekitar RM930,000 dan RM860 kaki persegi.

Dilaporkan kondominium yang ditawarkan pada saiz 1,109 sehingga 4,047 kaki persegi ini cuma ditawarkan sebanyak 537 unit namun jumlah pengunjung yang berminat untuk mendapatkan hartanah ini dianggarkan seramai 3,000 orang.

120314770_10223972862807724_940056164211991264_o (1)
Sumber: facebook nick tan
120216781_10223972953609994_2276689182818366721_o (1)
Sumber: facebook nick tan

Berdasarkan perkongsian Facebook Nick Tan, pemaju hartanah ini nyata terkejut dengan sambutan yang diterima melihatkan ribuan pengunjung menunjukkan minat untuk mendapatkan kondominium dengan ketinggian 54 tingkat ini.

Melihat kepada ribuan pengunjung yang menunjukkan minat untuk mendapatkan hartanah ini, jelas menunjukkan masih terdapat hartanah baharu yang tidak terkesan dengan pandemik COVID-19.

Tular pada minggu ini apabila lelaki ini mengongsikan pengalaman peribadi rugi sehingga 6 angka melalui pembelian hartanah yang silap.

Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Peribadi Rugi 6 Angka Beli Hartanah

Pemaju Risau Pembelian Hartanah Di Pulau Pinang Merosot Kerana COVID-19