Beberapa hari ini hangat diperkatakan media tentang perpindahan keluar pemain terbaik dunia Lionel Messi dari pasukannya FC Barcelona.

Walaupun laporan mengaitkan beliau untuk berpindah daripada Nou Camp semakin kuat setiap hari, namun rakan sepasukan dan pemain muda Belanda Frenkie de Jong mendedahkan sesuatu yang mengejutkan pada semalam.

pexels-aldo-picaso-1138171
HYPE
Rambut Gugur Dan Tidak Sihat, Ini 5 Punca Wanita Berhijab Sering Berdepan Masalah Rambut
Baca lagi →
de jong

Frankie De Jong, Foto: GOAL.COM

Menurut laporan Goal.com yang memetik Fox Sports, pemain muda itu mendedahkan Lionel Messi sehingga artikel itu ditulis masih berada dalam group Whatsapp pasukan itu.

“Saya masih berharap Messi masih berada di sana bila saya kembali. Tetapi ianya bukanlah terpulang kepada saya.

“Tetapi sehingga kini dia masih berada dalam group Whatsapp kami,” jelas pemain muda itu.

Lionel Messi gq august 2020

Ura-ura perpindahan itu pada awal pagi tadi menjadi semakin kuat apabila beliau dilaporkan telah bersetuju dengan terma peribadi untuk berpindah ke Manchester City.

Saga perpindahan keluar Messi daripada pasukan yang diwakilinya sejak remaja itu mula menjadi perhatian selepas mereka mengalami kekalahan kepada Bayern Munich sebelum ini.

Dalam perlawanan suku akhir itu, Barcelone ditewaskan gergasi Jerman itu dengan jaringan 8-2 untuk ditunjukkan jalan keluar daripada saingan berprestij itu.

Lihat juga rekaan jet mewah Lionel Messi yang pernah kami kongsikan sebelum ini di pautan di bawah. 

Lihat Rekaan Mewah Jet Peribadi Lionel Messi Yang Bernilai RM62 Juta

Tonton ‘Heart Of A Lio’ Animasi Pendek Epik Tentang Lionel Messi

Video ‘Nutmeg’ Lionel Messi Ini Cetus Perdebatan Hangat Peminat

Anda Mungkin Suka