Baru-baru ini hangat diperkatakan di media sosial tentang kru kabin penerbangan yang diberhentikan kerja kerana situasi ekonomi dan COVID-19 yang melanda dunia ketika ini.

Bagaimanapun, tatkala sebahagian besar netizen memberikan kata-kata semangat kepada pramugari dan pramugara yang kini kehilangan punca rezeki, namun ada juga individu yang dilihat cuba berbuat sebaliknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkara itu dikatakan berlaku apabila ada sesetengah daripada mereka ini dilihat memberikan cadangan yang difahamkan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

photo6134322517398104842 (1)
Cadangan yang menimbulkan rasa kurang senang netizen sebelum ini. Sumber: Mstar

Walaupun komen atau cadangan berkenaan mungkin boleh dianggap sebagai nasihat dan mungkin juga dipersetujui oleh orang ramai, namun sebahagian besar netizen menganggap cadangan itu sebagai kurang sesuai.

Rata-rata netizen yang memberikan komen mengenai perkara itu menjelaskan ciapan itu dibuat mungkin kerana individu berkenaan kurang memahami skop pekerjaan seorang pramugari atau pramugara.

photo6134322517398104843 (1)
Sumber :Mstar

Nampak macam pelayan tetapi sebenarnya lebih

Tidak mahu orang ramai terus tersalah anggap tentang skop pekerjaan kru kabin penerbangan, penyanyi yang juga bekas pramugara Zarul Umbrella baru-baru ini tampil memberikan penjelasan mengenai perkara itu.

Melalui satu perkongsian video di YouTube, Zarul mengatakan kenyataan itu sebenarnya kurang tepat dan skop pekerjaan pramugari atau pramugara sebenarnya lebih daripada itu.

Malah dia menjelaskan ada ketikanya mereka ini juga perlu melakukan tugas dan tanggungjawab yang lebih kurang sama seperti polis, bomba dan juga doktor sewaktu penerbangan terutamanya jika berlaku sebarang kecemasan.

“Memang kerja kita (kru kabin) nampak macam waiter angkat makanan, bagi makan, bagi minum dan ambil order.

“Tapi sebaliknya, sebenarnya kita dilatih untuk membuat pertolongan cemas, pertolongan sewaktu kecemasan, bila kemalangan berlaku di dalam penerbangan,” kata Zarul.

Malah jelas beliau, lagi kru kabin penerbangan ini juga perlu mengambil beberapa ujian yang melibatkan aspek keselamatan dan kecemasan setiap tahun untuk memastikan mereka mampu untuk mengendalikan kes-kes kecemasan ketika penerbangan.

Ujian berkenaan juga tambahnya juga perlu diambil setiap tahun dan jika ada kru yang tidak berjaya untuk melepasi ujian yang diambil difahamkan tidak dibenarkan untuk menyertai penerbangan.

Anda boleh mendengar lebih lanjut penjelasan daripada Zarul melalui perkongsian video 5 Fakta Salah Mengenai Pramugari yang dimuatnaik di channel YouTube miliknya di bawah.

Baca juga kisah cinta antara pasangan kekasih ini yang mula berputik sewaktu bekerja sebagai pramugari Air Asia. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Ibarat Dalam Filem, Pramugari AirAsia Kongsi Detik Pertemuan Sebelum Menjadi Suami Isteri

Seludup Dadah Untuk Biaya Perubatan Anak, Hakim Australia Ringankan Hukuman Penjara Bekas Pramugari Malaysia Ini

Sengaja Batuk Pada Pramugari, Wanita China Ini kena ‘Headlock’ Dengan Pramugara Thai Airways

Sumber