Baru-baru ini telah tular di media sosial berkenaan video promosi yang telah dimuat naik oleh pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin di aplikasi Tiktok yang menunjukkan transformasi kulitnya dari gelap menjadi cerah.

Apa yang telah mengundang kecaman dari netizen adalah tindakan pelakon tersebut yang menconteng wajahnya menjadi hitam dan kemudiannya bertukar menjadi putih setelah menggunakan produk terbaharu keluarannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rata-rata dari mereka yang telah melihat video tersebut menzahirkan rasa tidak puas hati di atas tindakan pelakon yang juga merupakan isteri kepada Shaheizy Sam itu.

Menurut para netizen, tindakan Syatilla dilihat sebagai tidak sensitif dan menganggap Syatilla memang sengaja membuat video sedemikian untuk meraih publisiti.

Setelah puas dikecam oleh netizen, Syatilla, atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 30, telah memuat naik satu video di akaun Instagram peribadinya untuk memohon maaf secara rasmi.

https://www.instagram.com/p/CLYTpVeF-TQ/

Menerusi video yang telah dimuat naik itu juga, Syatilla turut perjelaskan perkara sebenar mengenai video itu supaya ianya tidak terus disalahertikan.

“Saya tak mahu buang masa, saya mahu terus minta maaf kepada anda semua yang terasa hati dengan saya. Sejujurnya, demi Allah saya tiada niat apa-apa langsung pun,”

“Itu adalah video yang mana saya buat hanya untuk menunjukkan perempuan yang tak pandai pakai eyeliner, bagi perempuan yang pernah mengalami situasi itu, mungkin mereka faham,”

“Tetapi mungkin salah saya, sebab saya terlepas pandang sensitiviti sesetengah pihak. Saya minta maaf, saya harap anda maafkan saya,” katanya menerusi perkongsian yang telah dibuat.

Tambah Syatilla lagi, beliau turut juga memaafkan segala kecaman yang telah dibuat oleh para netizen ke atasnya.

Terbaharu, Syatilla juga turut membuat perkongsian mengenai produknya yang laris dijual. Menerusi perkongsian tersebut, pelakon dan usahawan itu menzahirkan rasa syukur di atas kejayaannya dan berharap agar kejayaan seperti itu boleh dirasakan oleh orang lain juga.

Difahamkan, video Syatilla yang tular tersebut telah pun dipadam oleh aplikasi TikTok. Diharapkan isu ini boleh membuka mata para usahawan dan selebriti untuk menjadi lebih peka dan sensitif sebelum membuat perkongsian agar tidak terpalit publisiti murahan.

Baca juga perkongsian kami yang lain melalui pautan di bawah!

Lain Daripada Yang Lain, ‘Plot Twist’ Drama Takdir Yang Tertulis Raih Pujian Peminat

Dilabel Bawa Budaya Buruk, Shaheizy Sam Dikecam Netizen Gantung Vape Dileher Ketika ‘Live’ ABPBH